Pages

Friday, October 12, 2012

Ketenangan Dalam Secawan Teh





Kajian saintifik telah mencadangkan pengambilan teh sebagai minuman harian dapat merendahkan risiko penyakit Alzheimer dan demensia. 

Menurut Dr Carol Greenwood, seorang saintis nutrisi dari Universiti Toronto, kandungan dalam teh membantu meningkatkan dan memperbaiki kesihatan otak kerana ia memberi kesan terhadap aktiviti sel dalam otak. 

Kajian oleh sekumpulan penyelidik dari Eve Top Center for Neurodegenerative Diseases telah menunjukkan pengambilan teh hijau yang mengandungi flavonoid menjadikan sel otak lebih sihat dan meningkatkan tahap kemampuan otak melawan stress. 

Flavonoid ialah sebatian yang yang tergolong dalam kumpulan metabolit sekunder dan kerap ditemui dalam tumbuhan. Ia merupakan bahan utama dalam teh dan berperanan sebagai bahan anti oksida. Teh yang mengandungi flavonoid dapat merawat kecederaan pada sel otak. 

Menurut Dr Greenwood lagi, flavonoid dalam teh hijau adalah sama dengan dalam teh lain kecuali dalam teh herba. Teh herba terdiri dari campuran pelbagai tanaman herba.


So, kalau ada sesiapa yang ingin cuba hilangkan tension...stress..otak rasa letih....boleh la cuba minum teh.. InsyaAllah ada manfaatnya. Kalau secara peribadi, aku memang suka teh,minuman yang agak ringan berbanding kopi, susu, koko..dan rasa lebih rilek... Walaupun aku ne hantu kopi...:p Tapi, kalau minum teh tu, kalau boleh kurangkan la gula, xyah letak pun lagi ok.. Kalau letak gula lebih-lebih, kang penyakit lain pulak yang datang..tambah la stress...Ok, selamat mencuba...:)

 

0 comments:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More