Kajian
saintifik telah mencadangkan pengambilan teh sebagai minuman harian
dapat merendahkan risiko penyakit Alzheimer dan demensia.
Menurut Dr Carol Greenwood,
seorang saintis nutrisi dari Universiti Toronto, kandungan dalam teh
membantu meningkatkan dan memperbaiki kesihatan otak kerana ia memberi
kesan terhadap aktiviti sel dalam otak.
Kajian oleh sekumpulan penyelidik dari Eve Top Center for Neurodegenerative Diseases telah menunjukkan pengambilan teh hijau yang mengandungi flavonoid menjadikan sel otak lebih sihat dan meningkatkan tahap kemampuan otak melawan stress.
Flavonoid
ialah sebatian yang yang tergolong dalam kumpulan metabolit sekunder
dan kerap ditemui dalam tumbuhan. Ia merupakan bahan utama dalam teh dan
berperanan sebagai bahan anti oksida. Teh yang mengandungi flavonoid
dapat merawat kecederaan pada sel otak.
Menurut
Dr Greenwood lagi, flavonoid dalam teh hijau adalah sama dengan dalam
teh lain kecuali dalam teh herba. Teh herba terdiri dari campuran
pelbagai tanaman herba.
Sumber: MajalahSains.com, 50 Plus
So, kalau ada sesiapa yang ingin cuba hilangkan tension...stress..otak rasa letih....boleh la cuba minum teh.. InsyaAllah ada manfaatnya. Kalau secara peribadi, aku memang suka teh,minuman yang agak ringan berbanding kopi, susu, koko..dan rasa lebih rilek... Walaupun aku ne hantu kopi...:p Tapi, kalau minum teh tu, kalau boleh kurangkan la gula, xyah letak pun lagi ok.. Kalau letak gula lebih-lebih, kang penyakit lain pulak yang datang..tambah la stress...Ok, selamat mencuba...:)