Pages

Blog akuhatiberani

Selamat datang dan terima kasih kerana melayari blog .::akuhatiberani::.

Salam tahun baru masihi 2012

Islam Inside'

Perkongsian ilmu dan info semasa mengenai Islam dan isu-isu berkaitan.

Dr.Cinta

Kenali cinta, cinta bukan sekadar ungkapan.

Info Kesihatan

Fakta kesihatan yang bermanfaat untuk diketahui.

Showing posts with label Dr.Motivasi. Show all posts
Showing posts with label Dr.Motivasi. Show all posts

Sunday, May 20, 2012

"Takkan Perigi Cari Timba" dan "Dont Be A Man Seeker"



Assalamualaikum.... Ok, post kali ne nak share kan di sebalik "Takkan Perigi Cari Timba" dan "Dont Be A Man Seeker". Ungkapan ne selalu kita dengar dari pihak perempuan, of course lah kan, xkan lelaki yang cakap benda ne..ehe.. Ramai yang mungkin salah faham atau tak faham dengan ungkapan ne, masing-masing ada justifikasi sendiri. Untuk umat islam khususnya, mungkin artikel ini dapat membuka sedikit minda, termasuklah owner blog sendiri... Jangan salah faham, bukan untuk promote diri ini yang bergelar lelaki...:p Semoga ada kebaikannya...:)


Di sebalik ungkapan "Takkan Perigi Cari Timba" dan "Dont Be A Man Seeker"
oleh: Ahmad Zaki Amiruddin

Dua ungkapan berbeza bahasa, namun mempunyai satu makna yang sama, menjadi kebiasaan diungkapkan oleh para remaja terutamanya dari golongan wanita apabila berkaitan dengan pencarian jodoh. Hampir semua golongan kaum hawa memegang kukuh ungkapan ini, kononnya bagi menjaga air muka dan maruah mereka, ibarat menggenggam sesuatu barang takut mudah diragut orang. Namun begitu, sejauh mana kebenaran ungkapan ini, terutama jika dikaitkan dengan hukum syara’ itu sendiri. Penulis terpanggil untuk bersama-sama berkongsi satu pandangan dan cadangan pembetulan berdasarkan pembelajaran, pembacaan dan rujukan yang telah dilalui untuk memeriahkan lagi suasana perkongsian ilmu dan maklumat melalui laman sesawang yang mana telah menjadi satu medium paling popular bagi mendekati para remaja.
Berbalik kepada ungkapan berbunyi “Takkan Perigi Cari Timba”, jika difikirkan secara logik, sama ada perigi mahupun timba, masing-masing bukanlah sesuatu yang mampu bergerak dengan sendiri kecuali didatangkan oleh makhluk yang mempunyai kaki dan tangan untuk menggerakkannya. Seseorang yang ingin mandi di perigi perlu membawa timba yang bertali untuk menceduk air yang jauh di dasar perigi. Justeru, tiada istilah perigi mencari timba atau timba mencari perigi, yang sebenarnya dengan adanya keinginan untuk mendapatkan air, barulah timba dibawa ke perigi.

Realiti ini menerangkan kepentingan kemahuan dan keinginan untuk menjayakan sesuatu keadaan, bak kata pepatah “Dimana ada kemahuan, disitu ada jalan!”, bukan sekadar mencipta 1001 alasan, dan mengharapkan penyelesaian jatuh ke ribaan. Seterusnya, dibuktikan kesilapan terlalu berpegang kepada ungkapan tersebut melalui satu dalil iaitu daripada Hadis Nabi SAW yang disebut dalam Sahih Bukhari (No. Hadis 4726) yang mana tidak boleh diragui lagi kesahihan jalan periwayatan hadis ini.

Daripada Marhum b. Abdul Aziz telah berkata: aku telah mendengar Thabit Al-Bunaniyy telah berkata: Aku pernah berada di sisi Anas, di sisinya (yakni Anas) seorang anak perempuan miliknya. Anas telah berkata: Seorang perempuan telah mendatangi Rasulullah SAW menawarkan dirinya (untuk berkahwin) kepada Rasulullah SAW dengan berkata: Ya Rasulallah, adakah kamu tidak berminat kepadaku? Maka anak perempuan Anas telah berkata: Betapa sedikitnya malunya (Tak Malunya Perempuan itu), Aduh, Malunya! Malunya! (Anas) telah berkata (kepada anak perempuannya): Dia (Perempuan itu) jauh lebih baik darimu! Dia menginginkan (mencintai) Nabi SAW, maka dia menawarkan dirinya kepada Nabi SAW (untuk dikahwini oleh Nabi SAW).

Al-Imam Al-Bukhari meletakkan hadis ini di dalam satu bab khas yang disebut:
بَاب عَرْضِ الْمَرْأَةِ نَفْسَهَا عَلَى الرَّجُلِ الصَّالِحِ
 “BAB SEORANG WANITA MENAWARKAN DIRINYA (UNTUK BERKAHWIN) KEPADA LELAKI SOLEH”.

Oleh hal yang demikian, melalui dalil yang disebut dan penamaan bab ini (sebagaimana disebut oleh Imam Al-Bukhari melalui ijtihad feqahnya), jelas membuktikan kesilapan yang teramat besar bagi seseorang yang memegang kukuh ungkapan “Takkan Perigi Cari Timba”.

Malah Sirah Nabawiyyah juga telah membuktikan bahawa Khadijah (Isteri yang Paling dikasihi oleh Nabi SAW) melamar Nabi SAW sebelum Baginda diangkat menjadi nabi lagi melalui seorang perantara. Adakah ini dikatakan Perigi Cari Timba?

Jika ada yang memberi alasan: “Ish..itu Nabi SAW, siapalah kita nak disamakan dengan baginda SAW?!” . Jawapannya mudah, Nabi SAW diutuskan untuk kita sebagai umatnya menjadikan Role Model (PeribadContoh), sebagaimana FirmanNYA:

لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ
لِّمَن كَانَ يَرْجُو اللَّهَ وَالْيَوْمَ الْآخِرَ وَذَكَرَ اللَّهَ كَثِيراً
“Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri (contoh) teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah”.
(Surah Al-Ahzab, 21)

Hal ini jelas menolak dan membatalkan ungkapan yang sepatutnya tidak dipegang secara kuat oleh golongan wanita, terutama pada zaman yang mana bilangan wanita semakin ramai berbanding lelaki, mungkin dek kerana wanita semakin berpelajaran tinggi, berpangkat tinggi sehingga menimbulkan rasa malu dan rendah diri seseorang lelaki yang baik untuk melamar wanita tersebut. Oleh itu, tiada salahnya, jika seorang wanita mendapati seorang lelaki yang baik akhlaknya bukan sekadar melalui pandangannya, bahkan orang ramai di sekelilingnya turut mengiktiraf ke”soleh”annya, untuk melamar lelaki tersebut bagi dirinya dengan secara batasan yang terkawal (disarankan mengikut cara yang telah ditunjukkan kisah Khadijah melamar Nabi SAW sebagaimana telah diterangkan di atas.

Firman Allah dalam Surah An-Nur, ayat 26:

الْخَبِيثَاتُ لِلْخَبِيثِينَ وَالْخَبِيثُونَ لِلْخَبِيثَاتِ وَالطَّيِّبَاتُ لِلطَّيِّبِينَ وَالطَّيِّبُونَ لِلطَّيِّبَاتِ أُوْلَئِكَ مُبَرَّؤُونَ مِمَّا يَقُولُونَ لَهُم مَّغْفِرَةٌ وَرِزْقٌ كَرِيمٌ
“Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula). Mereka (yang dituduh) itu bersih dari apa yang dituduhkan oleh mereka (yang menuduh itu). Bagi mereka ampunan dan rezki yang mulia (surga)”.

Dalam ayat ini,Allah meletakkan dua cara, iaitu sama ada َالطَّيِّبَاتُ لِلطَّيِّبِينَ wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki-lelaki yang baik atau وَالطَّيِّبُونَ لِلطَّيِّبَاتِ lelaki-lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik
Hikmahnya untuk kita sama-sama berfikir, tidak semestinya lelaki yang memilih perempuan, bahkan perempuan juga dibenarkan memilih lelaki sebagai pasangan hidupnya, yang mana diikhlaskan dan disucikan melalui istikharah, memohon petunjuk keputusan terbaik dariNYA, bukan semata-mata dari pandangan kita yang pasti banyak khilafnya dek kerana maksiat dan dosa kita.

Wallahu’alam.
Dalam memilih jodoh, memang benar ia adalah satu ketentuan, namun tawakkal sahaja tanpa usaha, ibarat menanam padi tanpa proses penuaian, menunggu hasil datang dengan keajaiban, itu bukanlah sunnah orang beriman!~

Usaha perlu ditingkatkan, istikharah perlu diteruskan, tawakkal perlu digandingkan, agar lengkap satu kewajipan, diri kita sebagai orang yang beriman!~

Thursday, March 8, 2012

Cinta, Motivasi Paling Hebat



Kita bercinta sejak lahir.Sudah terlalu banyak definisi tentang cinta. Terutama filem-filem hindustan. Cinta telah diberikan mekap yang cukup mengasyikkan.Cinta suatu perasaan yang sukar digambarkan melalui kata-kata. Ia hanya dapat dinikmati secara mengalaminya sendiri. Cinta tidak dapat dipelajari tetapi dialami. Uniknya cinta kerana ia jelmaan kasih sayang yang teragung. Manusia membina sahsiah di muka bumi bermodalkan kasih sayang dan cinta.
Cintalah segalanya bagi orang yang sedang bercinta. Cinta menjadi jambatan penghubung kepada dua hati yang asalnya terpisah dan saling tidak mengerti.
Cinta adalah motivasi terbaik manusia. Manusia telah ditebarkan di muka bumi dengan dibekalkan rasa cinta. Cinta telah menemukan kembali adam dan hawa. Melalui cintalah manusia membina sahsiah dan menjadikan alam ini tempat yang terbaik untuk didiami.
Jika cinta sudah tiada di hati anda, tandanya salah satu dari nikmat Allah telah tercabut daripada anda. sedang cinta salah satu nikmat teragung Allah terhadap hambanya. Jika anda sudah tidak dapat menghargai cinta tandanya nilai kemanusiaan anda sudah mula terhakis. Ketiadaan cinta di hati anda bakal merubah seluruh kehidupan anda.
Orang yang tiada perasaan cinta adalah orang yang telah kehilangan motivasi dalamannya. cinta seharusnya melahirkan tindakan yang melambangkan kelembutan, kasih sayang dan kebijaksanaan terutama dalam membuat keputusan berhubung dengan insan-insan berlawanan. Cinta adalah kenderaan menuju kebahagiaan.
Suburkanlah rasa cinta sebagaimana ia bermula dan sentiasa. saat bermulanya cinta adalah rasa teragung yang dirasai oleh setiap manusia. Inilah rasa yang tiada perkataan dapat menceritakannya. Tatkala itu cinta benar-benar menjadi motivasi yang terhebat. andainya lautan api direntangkan di tengah-tengah, masih sanggup direnangi untuk menggambarkan betapa cinta begitu memotivasi dan perlu bukti. Tiada lagi rasa teragung kecuali cinta.
Cinta melambangkan kegembiraan, keseronokan, kepuasan, kenikmatan dan semua rasa yang muluk-muluk dan sukar digambarkan dengan perkataan. Manusia yang beruntung adalah manusia yang meniti di atas cinta, memperolehi cinta untuk menyedari kedudukannya sebagai insan kerdil di bawah kebesaran Allah.
Biar tinggi martabat cinta, ada cinta yang seolah-olah telah hilang keramatnya. Adakalanya cinta yang suci dan penuh makna itu menjadi barang terbuang, berciciran di mana-mana, dilorong-lorong, di bawah rimbunan pepohon dan apatah lagi apabila malam telah melabuhkan tirainya. Manusia-manusia durjana berebut-rebut mengutip bunga cinta yang berkeliaran dan bersimpang siur itu. Harga diri dipertaruhkan dan dicagarkan hingga akhirnya menjadi habuan nafsu yang tidak mengenal iman dan kehormatan.
Entah di mana silapnya cinta yang sepatutnya menjadi lambang kebahagiaan, kedamaian dan keamanan manusia sejagat adakalanya menjadi pemusnah. Cinta hadir daripada ketrampilan pemilik cinta itu sendiri. Seorang lelaki yang benar-benar jatuh cinta dan mencintai seorang waanita akan menunjukkan sikap, penampilan serta gerak laku yang sentiasa menyakinkan insan yang dicintainya itu.
Cinta yang murni adalah pemangkin kepada kehidupan yang penuh bahagia. Sebgaimana ia bermula, cinta seharusnya berkekalan sedemikian rupa sehinggalah ke penghujungnya. Cinta tidak harus dinodai oleh perlakuan-perlakuan kejam, tidak bermoral dan juga yang mencarik kesucian cinta itu sendiri. Andainya cinta boleh dikekalkan sebagaimana ia bermula, bahagia adalah jawapan untuknya.
Kejayaan sesebuah perhubungan memang banyak bergantung kepada suci dan murninya cinta yang dipermodalkan. selama mana cinta dapat dipertahankan pada kedudukannya selama itulah bahagia akan menjadi penghias yang terindah. Apabila cinta sudah tidak dihargai, kehidupan akan berpaling ke tahap terendah. Jawapannya derita tanpa penyudah.
Tanpa perlu mengeluarkan sebarang bayaran, cinta sudah ada dalam setiap insan. Cinta sudah dibekalkan sebagai modal termahal untuk dirasai dan diberikan kepada individu yang berhak. Meniti di atasnya bererti meniti di atas bahagia.
Tiada lagi suatu rasa pun yang boleh memotivasikan manusia kecuali rasa cinta dan bahagia. Dengan cinta gunung kelihatan rendah untuk didaki. Dengan bahagialah lembah kelihatan cetek untuk dituruni. Dengan cinta dan bahagialah matlamat kehidupan insan menjadi sempurna. Tanpa kedua-duanya, semua kelihatan tercabut dari hasrat, kehendak, sasaran, target dan cita-cita yang murni.


Cinta ibarat cahaya, bukan pencetus masalah dan pembawa derita. Tidak perlu berkorban kehormatan untuk cinta kerana cinta yang benar-benar suci dan semulajadi menjadikan pemiliknya bertambah matang, dewasa, beriman malah berperibadi mulia.
Cinta murni sentiasa mampu memandu manusia melepasi semua halangan demi kecemerlangan. Cinta telah membuatakan manusia bangkit membina kehidupan yang terbaik. Alangkah bodohnya orang yang menjadikan cinta jambatan untuk membina kesusahan.
Jika cinta dijelmakan dalam diri ia begitu memotivasi. Jika diberikan kepada seseorang ia ibarat menghadiahkan sebukit emas untuknya. Jika dijelmakan dalam rumah tangga, jawapannya adalah kerukunan dan persefahaman yang berpanjangan.
Begitulah seharusnya cinta………..

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More