Pages

Blog akuhatiberani

Selamat datang dan terima kasih kerana melayari blog .::akuhatiberani::.

Salam tahun baru masihi 2012

Islam Inside'

Perkongsian ilmu dan info semasa mengenai Islam dan isu-isu berkaitan.

Dr.Cinta

Kenali cinta, cinta bukan sekadar ungkapan.

Info Kesihatan

Fakta kesihatan yang bermanfaat untuk diketahui.

Thursday, January 5, 2012

Baucer Buku 1 Malaysia (BB1M)


Baucer Buku 1 Malaysia

Alhamdulillah.....baucer buku dah keluar (aku tak ambik lagi)... Sebut je baucer, mesti suka....sebab?? It's free a.k.a percuma....lalalalala~~.... 4 Januari 2012, pengagihan baucer buku telah mula dilaksanakan kat tempat aku belajar (ukm tercinta..). Mungkin masa pengagihan sama dengan tempat lain dan mungkin ada yang awal, lewat, sederhana lewat, sangat lewat atau saja nak buat suprise bagi time baucer nak expired......ehehe...harap2 tak berlaku n smooth je kan..

Sebenarnya, aku masih fikir nak tukar apa dengan baucer tu.... Ala....tokseh nak fikir2, dah diperuntukkan hanya untuk buku akademik, jurnal, majalah ilmiah dan peralatan pembelajaran dan di kedai buku terpilih sahaja... Kedai buku kat mana? Kedai buku yang memaparkan iklan/notis menerima baucer BB1M. Kalau kedai runcit kat kampung ada paparkan benda tu, sila lah gunakan...boleh kot......hihi (mitos semata-mata, jangan terpengaruh)...

Aku baru berangan, alangkah bestnya kalau kedai buku yang terpilih tu ada jual beg, kasut, baju...boleh la aku gunakan baucer tu... Benda tu pun satu keperluan untuk proses pembelajaran....kann3?? (alasan macam tak kukuh je....). Untuk peminat novel, majalah dan komik...boleh ke guna baucer tu untuk beli bahan-bahan sedemikian??Boleh je kot...cakap kat tokey/cashier, "Ala, bahan ne (novel, majalah, komik) adalah bahan rujukan penting untuk assignment, amat diperlukan..." hohoho guna ayat sendiri yang mantap... Tapi rasionalnya, kadang2, bahan2 tersebut pun membantu dalam pembelajaran secara tidak langsung, contohnya membantu dalam pengurusan emosi, penyaluran tekanan dan stress, pupuk minat dan sebagai ilham intuisi dalam dunia pembelajaran... Yaa..mungkin betul rasional tersebut, dan mungkin juga sebagai helah/alasan semata-mata...:)

Ok, back to top...di bawah ne adalah senarai point2 utama mengenai baucer buku ne, based on kenyataan YAB Perdana Menteri semasa Pembentangan Bajet 2012:  

Kegunaan?
+ Baucer ini adalah untuk pembelian buku–buku akademik, jurnal, majalah ilmiah dan peralatan pembelajaran berdasarkan keperluan IPT masing-masing.

Tempoh pelaksanaan dan sah laku?
+ Pengagihan baucar buku kepada pelajar-pelajar dibuat melalui IPTA, IPTS, Politeknik dan sekolah masing-masing dalam bulan Januari 2012. Mohon hubungi IPT dan sekolah masing-masing untuk untuk mengambil baucar berkenaan.
Tempoh masa sah laku baucar buku ini adalah selama tiga bulan mulai daripada 1 Januari hingga 31 Mac 2012.

Siapa yang layak?
+ Semua pelajar warga negara Malaysia yang berdaftar sebagai pelajar aktif di IPTA, IPTS dan Politeknik mengikuti pengajian pada peringkat Diploma,Sarjana Muda,Sarjana dan Ph.D,Matrikulasi/Asasi dan pengajian persediaan termasuk pelajar di Tingkatan 6 secara sepenuh masa dan separuh masa di institusi pengajian tinggi dalam negeri pada Januari 2012 layak mendapat baucar buku bernilai RM200 (RM50x4keping)

Macamana nak tebus?Kat mana?
+ Baucar buku boleh ditebus di semua kedai buku yang menyertai program ini dan penyertaan kedai buku adalah terbuka kepada semua. (Cari kedai yang letak notis menerima baucer BB1M)
+ Semua IPT telah menyediakan senarai nama pelajar, berserta Nombor Kad Pengenalan dan Nombor Matrik /Nombor Pendaftaran mereka yang layak. Pelajar perlu memastikan nama, no. kad pengenalan dan cop IPT masing-masing diisikan pada setiap keping baucar yang bernilai RM50.00 setiap keping (RM 50 x4). 
Pelajar tidak dibenarkan sama sekali menebus baucar buku ini dengan wang tunai.

Ok, jelas? sekian sahaja post kali ini..... Gunakan baucer tersebut dengan sebaik-baiknya...fikir sebelum tebus, buat senarai pendek, dan tebuslah sambil tersenyum....:)

p/s: menaip dalam keboringan menghadap nota....pagi nanti exam...^^,

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More