Pages

Blog akuhatiberani

Selamat datang dan terima kasih kerana melayari blog .::akuhatiberani::.

Salam tahun baru masihi 2012

Islam Inside'

Perkongsian ilmu dan info semasa mengenai Islam dan isu-isu berkaitan.

Dr.Cinta

Kenali cinta, cinta bukan sekadar ungkapan.

Info Kesihatan

Fakta kesihatan yang bermanfaat untuk diketahui.

Showing posts with label Info Semasa. Show all posts
Showing posts with label Info Semasa. Show all posts

Monday, September 30, 2013

Memanaskan Enjin Kenderaan: Fakta dan Auta

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ اارَّØ­ِيم

Alhamdulillah, untuk kali ni, sy ingin kongsikan maklumat tentang tips penjagaan kenderaan, iaitu tabiat memanaskan enjin kenderaan atau bahasa kampungnya "idling". Ok, walaupun benda ni dah lama, namun masih ramai lagi yang kurang sedar dengan tabiat ni. Perasan x? kenapa kt selalu tgk orang panaskan enjin terlebih dahulu sebelum memulakan perjalanan? Cer tanya kenapa nak panaskan enjin? Jawapan tu semestinya "untuk menjaga enjin kenderaan" (ehh..ingat aku saja suka2 nak tunggu enjin panas??)... So??Benda ni yang kita nak tgk semula, adakah ianya fakta atau auta??? 

Di Malaysia, aktiviti atau tabiat memanaskan enjin kenderaan ni dah jadi rutin n kebiasaan untuk kita.... Malah klu kita lihat orang yang buat tabiat tu, kita akan terfikir "wah bagusnya...."/"wah rajinnya..."... Tak kiralah sama ada yang dipanaskan tu motosikal, kereta, van, bas, lori, basikal (klu ada enjin), kereta kuda (ferrari), jet, jetski, bot.....dan apa2 je la yg suka panas memanas ni...hihi....

Tempoh pemanasan enjin pulak berbeza ikut individu, ye la..mungkin setiap orang mempunyai pendapat yang berbeza.....katanya kalau panaskan enjin, makin lama, makin baik untuk enjin dan pemanduan lancar.. Ada yang kata, 5 ke 10 minit masa paling ideal untuk panaskan enjin. Ada yang bangun pagi, terus hidupkan enjin kenderaan, and pegi mandi, bersiap, breakfast segala bagai.......makan setengah jam jugak tu...... Ada jugak yang gunakan kaedah 'cepat panas' dengan cara hidupkan enjin n free gear, lepas tu tekan pedal minyak banyak2...tekan tu kalau boleh smpai rasa gegaran....vrooomm vrooom vrooom vrooooommmmmmmmmm............ Yg ni memang cepat panas, jiran sebelah rumah pun boleh panas kalau dengar...hohoho.... 

So, mana satu sebenarnya yang betul? Part mana yang fakta? Part mana yang auta? Ok, meh kita lihat dekat bawah....baca dan nilaikan sendiri... 


MEMANASKAN ENJIN KENDERAAN: FAKTA DAN AUTA

Di negara-negara yang mementingkan penjagaan alam sekitar untuk kehidupan dunia yang lebih baik di masa mendatang, pemanasan enjin adalah tidak digalakkan dan sesetengahnya ditegah. Negara Kanada telah memulakan kempen nasional mereka untuk mengurangkan pemanasan enjin yang tidak diperlukan. Kempen yang sama turut dilakukan di Jepun , United Kingdom dan di Amerika Syarikat. Ada di antaranya sudah menetapkan satu undang-undang bahawa enjin kenderaan tidak boleh dibiarkan hidup dalam keadaan idling melebihi 5 minit atau 3 minit bagi kenderaan ringan. Kenapa perkara ini ditegah?



 


The Canadian Office of Energy Efficiency telah bersetuju bahawa cara yang terbaik untuk memanaskan enjin adalah dengan memandunya. Walaupun suhu persekitaran berada di takat -20 darjah selsius, mereka menyarankan enjin kenderaan hanya perlu dipanaskan pada sekitar 15-30 saat sebelum meluncur ke jalanraya. Bayangkanlah berapa agaknya suhu di Malaysia?

Salah seorang jurutera penghantaran kuasa di Ford, Amerika Syarikat iaitu Les Ryder berkata, “Engines run best at their design temperature”. Berdasarkan kenyataan Encik Les Ryder itu, operasi enjin yang cekap, bersih dan efisien hanya berlaku pada suhu enjin di tahap 85-90 darjah selsius. Oleh itu membiarkan enjin anda di dalam keadaan idling adalah bukan cara yang terbaik atau terpantas untuk memanaskan enjin. Lebih baik jika memandunya atau dengan kata lain stylel Amerika, lagi ‘gentle’ kalau pandu terus. Jadi berikut antara bahaya atau keburukkan dalam amalan yang tidak betul ini.



1. Dinding Silinder Cepat Haus

Tabiat memanaskan enjin atau membiarkan enjin berada di dalam keadaan pepura (idling) dikatakan adalah satu perkara yang tidak baik dan berfaedah. Pertamanya ia menyebabkan pembakaran bahanapi tidak dapat dilakukan dengan sempurna. Pembakaran tidak lengkap membawa kesan buruk kepada dinding silinder. Sisa bahan api yang tidak terbakar akan turun ke dinding silinder lalu membersihkan minyak pelincir yang berada di dinding silinder. Maka apa yang terjadi adalah dinding silinder akan mengalami kehausan akibat tiada pelinciran di bahagian sepatutnya. Bahan api yang tidak terbakar juga boleh jadi akan turun perlahan-lahan ke bahagian takung minyak pelincir. Apabila ia bergaul, sifat minyak pelicir akan berubah dan hilang kecekapannya.

2. Palam Pencucuh Menjadi Kotor
 
Di samping itu, tabiat ini juga boleh mendatangkan masalah kepada palam pencucuh. Ia akan menganggu suhu kerja palam pencucuh. Palam pencucuh yang tidak berada di suhu sepatutnya akan menjadi kotor. Oleh yang demikian ia akan mendatangkan kesan kepada peningkatan bahan api sebanyak 5%.
 
3. Paip Ekzos Cepat Berkarat

Pada waktu pagi, sesetengah kenderaan biasanya akan mengeluarkan wap dari ekzos. Wap itu bukanlah wap minyak daripada enjin yang mengalami kehausan. Ia adalah wap air normal yang terhasil daripada enjin yang sejuk. Jadi apabila terlalu lama enjin dibiarkan dalam keadaan pepura (idling), bertambah lama untuk enjin mengambil masa untuk panas. Ini menyebabkan wap air akan sentiasa berada di dalam sistem ekzos yang mana akan menjadikan paip ekzos cepat berkarat.

4. Fungsi Enjin Gagal Berfungsi Dengan Baik

Kenderaan pada masa kini biasanya akan terdapat sebuah komponen yang dinamakan Catalytic Converter pada sistem ekzosnya. Kereta-kereta Malaysia pun dah mula guna pakai. Komponen ini disediakan bertujuan untuk mengurangkan tahap toksik yang terdapat pada sisa atau hasil pembakaran sebuah enjin pembakaran dalaman. Antara kerja yang dilakukan komponen ini termasuklah menukarkan karbon monoksida kepada karbon dioksida, mengurangkan nitrogen oksida kepada nitrogen dan air, mengoksidakan hidrokarbon yang tidak terbakar kepada karbon dioksida dan air dan sebagainya. Jadi faedah yang boleh diperolehi daripada komponen ini ialah pencemaran udara dapat diminimakan.

Walaubagaimana pun, masalah yang timbul jika enjin berada di dalam keadaan pepura (idling), komponen ini tidak berfungsi. Maka enjin dengan sesuka hati dapat mencemarkan udara. Komponen ini akan berfungsi hanya pada tahap suhu 400 – 800 darjah selsius yang dimana adalah pada satu kadar suhu yang sangat panas berbanding enjin. Semasa suhu itu ia akan bertindak menukar bahan tercemar dari sisa pembakaran enjin kepada bahan yang kurang berbahaya kepada alam sekitar. Bagi memastikan komponen ini cepat dan dapat berada di suhu yang mana ia boleh beroperasi, anda perlulah memandu. Bukan meninggalkan kereta hidup terbiar. Semakin lama enjin dibiarkan dalam keadaan idling maka semakin lama juga Catalytic Converter ini tidur dan tak bekerja. Anda rasa apa agaknya yang terjadi kepada alam sekitar?

5. Membazir dan Mencemarkan

Sekarang kita sudah mengetahui serba sedikit tentang keburukan memanaskan enjin. Ada tiga kesan yang penting di situ iaitu membazir bahan api, mencemarkan alam sekitar dan memunah wang ringgit. Mari kita lihat apa pula kebaikkan memanaskan enjin. Khabar-khabar angin mengatakan memanaskan enjin juga ada faedahnya. Salah satu perkara yang disebut adalah semasa enjin ditinggalkan di dalam satu tempoh yang agak lama, iaitu mungkin sehingga satu malam, bahan pelinciran akan turun meninggalkan komponen yang bergerak di dalam enjin ke bahagian bawah enjin.

Jadi apabila kita mula menghidupkan enjin, kita perlu mengambil sedikit masa untuk memanaskannya supaya dapat memberi peluang bahan pelinciran itu naik dan beredar di setiap inci dan penjuru komponen dalaman enjin. Ya perkara ini benar. Tetapi apa yang anda perlu tahu bahawa setiap enjin telah dilengkapkan dengan satu komponen yang dipanggil pam minyak pelincir. Pam minyak pelincir ini dijana oleh pusingan crankshaft. Makin laju crankshaft berpusing maka makin cepat pam bahan api berpusing seterusnya mengagihkan minyak pelincir ke bahagian dalaman enjin. Untuk memastikan crankshaft ini berpusing laju apa yang anda perlu buat? Adakah dengan hanya membiarkan enjin dalam keadaan idling?

Kesimpulannya di sini tabiat memanaskan enjin kaw2 before bergerak untuk kebaikan enjin dan kelancaran pemanduan adalah satu mitos yang tidak diketahui hujung pangkalnya. Perkara ikut-ikutan seperti ini bukanlah satu perkara yang asing bagi kita rakyat Malaysia. Kalau boleh, hidup enjin dan terus pandu. Jangan tunggu-tunggu. Ini tidak, siap boleh masuk rumah pekena roti dua tiga keping, layan teh dulu sambil sembang-sembang dengan isteri tapi enjin kereta terbiar hidup.

Satu tips lagi yang boleh membantu mengurangkan pencemaran alam sekitar dan pembaziran bahan api adalah dengan mematikan enjin jika kenderaan anda tidak bergerak. Kalau nak tunggu orang ke, bergayut kat telefon ke....cer matikan enjin, buka tingkap.....jimat....:)

Tabiat ni boleh menyebabkan masalah pencemaran udara dan alam sekitar serta pembaziran wang ringgit. Sedarkah anda di dalam tempoh setahun, sikap mengurangkan enjin dibiarkan hidup dalam keadaan idling ini mampu menjimatkan beratus ribu juta ringgit dan mampu menghentikan perlepasan jutaan tan gas rumah hijau ke atmosfera yang membawa pemanasan global.. "Ha?Pemanasan global??Xhabis2.. Ala benda lapok.!" Mungkin kita kurang sedar tentang benda ni kalau nak kaitkan dengan alam sekitar, tapi secara faktanya, sedikit demi sedikit kita akan terjejas dengan kesan pemanasan global tu.

Say No To IDLING/ "PANASKAN ENJIN"
 




Jika berguna, kita pesan/sampaikan dekat family, suami, isteri, sedara mara, kawan2.......

Wallahu a'lam....^____^


Saturday, October 20, 2012

Tips Menghafal Muka Surat Al-Quran

بِبِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيمِ

Pernahkah anda terfikir bagaimana untuk menghafal muka surat di dalam al-Quran? Maksud saya, juzu' demi juzu'.... Juzu' 1 di mana, juzu' 7 di mana dan seterusnya. Percaya atau tidak, ada hamba Allah yang telah menemukan formula untuk memudahkan kita mencari juzu' yang kita ingini berdasarkan halaman. Lihat rumus di bawah:


Contoh 1
Jika anda ingin mengetahui Juzu’ 5 di halaman ke berapa:
5-1 = 4, 4 perlu didarab dengan 2 jadi 4 x 2 = 8
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzu’ 5 adalah pada halaman 82

Sekarang lihat pada Quran dan anda akan lihat Juzu’ 5 bermula pada halaman 82. Menarikkan?

Contoh 2
Jika anda ingin mengetahui Juzu’ 10 di halaman ke berapa:
10-1 = 9, 9 perlu didarab dengan 2 jadi 9 x 2 = 18
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzu’ 10 adalah pada halaman 182

Contoh 3

Jika anda ingin mengetahui Juzu’ 23 di halaman ke berapa:
23-1 = 22, 22 perlu didarab dengan 2 jadi 22 x 2 = 44
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzu’ 23 adalah pada halaman 442


Dapat faham?  Hopefully dapat faham la ya... Cuba pula pada juzu' lain dan gunakan rumus tersebut, buat latihan sendiri. Jangan lupa untuk share maklumat bermanfaat ni, ataupun ajarkan kepada saudara kita yang lain......:)


p/s: Pengiraan berdasarkan al-Quran standard.






Monday, June 18, 2012

Bunga Azan

Bunga Azan 



Bunga Azan, siapa pernah dengar? Ok, post kali ini saya kongsikan untuk hebahan umum supaya lebih ramai yang tahu tentang kwewujudan bunga ini. Video turut disertakan untuk melihat sendiri bagaimana bunga ini mekar ketika azan dilaungkan. Sungguh hebat ciptaan Allah...:)

Mengikut sumber, stesen telivesyen CNN pernah menayangkan dokumentari dan temubual mengenai kewujudan Bunga azan ini. Sesuai dengan nama yang diberikan, Bunga Azan ini akan mekar apabila azan dilaungkan.

Penemuan ini berlaku di Azerbaijan, seorang lelaki yang mempunyai pelbagai jenis koleksi bunga memiliki sejenis spesis bunga yang unik daripada spesis lain. Berita ini kemudiannya mendapat perhatian daripada pelbagai pihak.
 

Tuesday, May 29, 2012

Gempa Bumi Kunak, Sabah 29 Mei 2012

 Earthquake Event 4.4 Richter scale at Kunak, Sabah

29 Mei 2012, 12.44am, Jabatan Meteorologi Malaysia merekodkan gempa bumi telah berlaku di Kunak, Sabah (11km Barat Kunak) dengan ukuran skala Richter 4.4, dengan kategori lemah. Laporan tersebut telah dikeluarkan pada pukul 1.04am. Wujud sedikit kekeliruan apabila maklumat awal dikaitkan dengan gempa bumi yang berlaku di Sulawesi pada ukuran 5.1 skala Richter. Namun, gempa bumi yang berlaku adalah berbeza dan pada waktu yang berbeza.

 Earthquake Information

Gempa bumi yang berlaku di Kunak ini turut dirasai di kawasan sekitarnya seperti Tawau, Semporna dan Lahad Datu. Bagi mereka yang merasai gegaran tersebut, masing-masing mempunyai pengalaman sendiri, terutamanya penduduk berhampiran pusat gegaran. Semoga semuanya sentiasa dalam keadaan baik dan tidak memberikan kemudaratan kepada penduduk yang merasainya, khususnya kampung halaman dan keluarga yang berada di Tawau.

Allah cuma nak sampaikan peringatan untuk hambaNya..semoga kita sentiasa beringat...





Tuesday, February 7, 2012

Kasih Sayang Ibu Bapa Mencegah Penyakit Psikologi dan Biologi Anak

Ibu bapa penyayang, benteng perkasa kehidupan anak sehingga ke alam dewasa 

TEKANAN yang dialami pada zaman kanak-kanak boleh memberi kesan negatif apabila seseorang individu meningkat dewasa. Keadaan ini lebih-lebih lagi akan dialami mereka yang hidup dalam keadaan serba kekurangan, tapi jika mendapat kasih sayang dan perhatian ibu bapa ketika kecil, mereka akan membesar dalam keadaan fizikal yang lebih baik. 


Berdasarkan kajian dilakukan saintis, jika ibu bapa mendedahkan anak dengan kegiatan harian seperti membenarkan mereka bermain di padang permainan dan pada malam hari pula menemankan anak seketika sebelum mereka tidur serta membacakan mereka kisah yang bermanfaat, rutin berkenaan akan menjadikan anak lebih terhindar daripada sebarang penyakit yang serius. 


Bahkan, berdasarkan kajian dilakukan di Universiti Brandeis, Boston juga menunjukkan kanak-kanak yang mendapat penjagaan dan kasih sayang yang erat daripada ibu bapa mereka semasa kecil akan kurang mengalami risiko dihidapi kencing manis mahupun serangan jantung apabila mereka dewasa kelak. 


Atau dalam erti kata lain, kegembiraan adalah kunci kepada kesihatan yang memuaskan dalam kehidupan mereka, malah ibu bapa yang memupuk anak mereka dengan kasih sayang ketika kecil sebenarnya membantu si anak membangunkan diri dalam persekitaran positif, selain anak mampu menangani keadaan menjadikan kehidupan mereka lebih berjaya. 


Pasukan kaji selidik ini juga mengkaji 1,000 orang daripada latar belakang berpendapatan rendah menunjukkan tahap kesihatan anak mereka juga adalah lebih rendah selain jangka hayat yang lebih rendah berbanding anak yang membesar dengan kasih sayang ibu bapa yang mencukupi ketika kecil.


Bagaimanapun, kaji selidik itu juga menemukan mereka dengan beberapa orang daripada keluarga berpendapatan rendah dan kurang bernasib baik, namun berjaya dalam kehidupan kerana mereka mempunyai ibu bapa yang penyayang. Antara kaedah dilakukan penyelidik ini adalah memilih peserta yang rata-rata berusia 46 tahun dan menjalani pemeriksaan kesihatan di hospital. Mereka turut ditanya mengenai ibu mereka dengan soalan seperti berapa banyakkah si ibu memahami masalah dan kebimbangan dihadapi peserta kaji selidik dan berapa banyak masa serta perhatian diberikan ketika peserta memerlukannya. 


Sumber: Keratan artikel Ratu Berita Harian 07 Feb 2012


Tertarik dengan artikel hari ini, sebenarnya terlihat post page Berita Harian di Facebook. Artikel ini menunjukkan betapa pentingnya kasih sayang ibu bapa terhadap anak. Kajian tersebut memperlihatkan, kasih sayang dan kebahagian yang dimiliki kemudiannya dicurahkan kepada anak mampu memberikan manfaat kesihatan secara psikologikal dan biologikal. Jika kita lihat realiti pada hari ini, agak sukar untuk ibu bapa moden meluangkan masa yang lebih kepada anak mereka, tetapi mereka tidak boleh disalahkan sepenuhya, mungkin atas faktor kerjaya, mencari rezeki untuk kelangsungan hidup. 


Walaupun kesibukan yang dialami, bukanlah suatu alasan untuk ibubapa mengabaikan anak, luangkan masa diluar kesibukan anda untuk mereka. Berikan didikan di rumah, jangan cuma berharap pada didikan di sekolah kerana nilainya dan hasilnya adalah berbeza. Curahkan kasih sayang sebagai seorang ibu, sebagai seorang ayah. Pastinya hasil yang baik memerlukan usaha positif.. Bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Anak adalah amanah...:)

Doa ibu bapa untuk anak (amalkan):



"Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua: orang-orang Islam (yang berserah diri) kepadaMu, dan jadikanlah daripada keturunan kami: umat Islam (yang berserah diri) kepadamu, dan tunjukkanlah kepada kami syariat dan cara-cara ibadat kami, dan terimalah taubat kami; sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani"
-Surah Al-Baqarah, ayat 128.



Monday, February 6, 2012

Tabarruj – Dosa Paling Banyak di Facebook!




Ramai yang tidak sedar maksud tabarruj dan lagi ramai yang tidak sedar bahawa mereka melakukan kesalahan tersebut. Post kali ini merupakan perkongsian yang diharap dapat memberi info yang berguna, khususnya wanita. Terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan tabarruj, tidak salah untuk memiliki kecantikan dan rupa paras yang cute miut (sememangnya ciptaan Allah itu kan sempurna dengan izin-Nya), tapi tidak perlu untuk dibanggakan sana sini, promote sana sini, dedah sana sini....cukup sekadar mensyukuri nikmat tersebut. Atas alasan apa untuk ditayangkan/didedahkan (tabarruj)? Terutamanya pada laman sosial seperti Facebook, privatekan lah gambar anda, tidak perlu ditayangkan rupa anda dan body anda. Tahukah anda wahai wanita, ramai lelaki mempunyai iman yang lemah, kang gambar korang kena guna untuk tujuan "peribadi"...padan muka.! Fahami dan ambil tindakan, jauhi tabarruj, cabaran untuk anda andai anda berani...:) Selamat membaca.





Tabarruj – Dosa Paling Banyak di Facebook!

Adakah kamu (Wanita) tidak takut pada hukum Allah SWT ?? Apakah kamu menilai Allah SWT itu hanya barang permainan bagi kamu ? Dimanakah letaknya keimanan dan kesungguhan kamu dalam beragama ?

Hentikan gangguan seksual kepada lelaki.!


Facebook merupakan laman sosial kegilaan ramai buat masa kini. Cukup aneh untuk berjumpa dengan seseorang yang tidak mempunyai sekurang-kurangnya sebuah akaun facebook. Namun di sebalik penggunaan facebook ini, tanpa kita sedari pelbagai dosa berlaku di kalangan pengguna. Saya ingin menfokuskan pada salah satu pointyang diberi iaitu ‘terlebih gambar‘. Sikap suka menunjuk-nunjuk gambar boleh dikaitkan dengan tabarruj, iaitu suatu dosa yang dianggap remeh oleh masyarakat kita.
Apakah itu tabarruj? Suatu persoalan yang perlu dihurai lanjut.
TABARRUJ ialah mendedahkan kecantikan rupa paras sama ada kecantikan itu di bahagian muka atau di anggota-anggota badan yang lain. Al-Bukhari rahmatullah ‘alaihi ada berkata:
“tabarruj, iaitu seorang wanita yang memperlihatkan kecantikan rupa parasnya”.
Untuk menjaga masyarakat daripada bahaya pendedahan ‘aurat dan disamping menjaga kehormatan wanita dari sebarang pencerobohan, maka dengan yang demikian Allah melarang setiap wanita yang berakal lagi telah baligh dari bertabarruj. Allah s.w.t telah berfirman dalam surah an-Nur ayat 31yang bermaksud:
“Katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang bisa nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan jangan menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka atau ayah mereka atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara mereka, putera-putera lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang ‘aurat wanita. Dan jangalah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka.Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.”
Dengan ini jelas bahawa sebarang corak perhiasan di anggota badan atau di pakaian, adalah boleh membawa fitnah. Dengan inilah Allah melarang bermake-up. Larangan seperti ini hanya sanggup ditaati oleh wanita-wanita yang beriman sahajakerana takut kepada kemurkaan Allah dan seksaan dari-NYA. Berikut pula mari kita renungi firman Allah khasnya yang ditujukan kepada isteri-isteri Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
“Hai isteri-isteri Nabi(a.s), kamu sekalian tidaklah seperti wanita yang lain, jika kau bertaqwa. Kerana itu janganlah kamu terlalu lunak dalam bicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada perasaan serong di dalam hatinya, tetapi ucaplah perkataan yang baik.” (Al-ahzab: 32)
Daripada ayat ini dapatlah difahamkan bahawa suara lemah lembut adalah sebahagian daripada ‘aurat wanita juga.Kembali lagi kita kepada jenis alat-alat make-up. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
“Andainya wanita keluar dari rumah serta memakai bau-bauan, maka dia sudah dianggap melakukan perzinaan”
Penggunaan wangi-wangian sembur atau jenis jenis bauan bagi kaum wanita diwaktu keluar dari rumah adalah dilarang, kerana syari’at Islam, apabila melarang perzinaan, maka segala sumber-sumber dan cirri-ciri yang membawa kepada perbuatan keji tadi semuanya juga dilarang.

Ummu salamah ada menceritakan, maksudnya begini:
“ Asma’ binti Abu Bakar telah menziarahi Rasulullah s.a.w pada suatu hari dengan pakaian yang nipis. Lantas Rasulullah.s.a.w menasihatinya dengan bersabda yang maksudnya :“ Wahai Asma’, sesungguhnya seseorang gadis yang telah berhaidh (baligh), tidak harus baginya menzahirkan anggota badan, kecuali ini dan ini.” Ketika itu, Rasulullah s.a.w mengisyaratkan kepada muka dan kedua tapak tangan.
Sekarang kita khususkan konsep tabarruj ke dalam penggunaan facebook. Jenguklah sebentar ke laman facebook dan lihatlah bertapa ramai muslimah tanpa segan silu meletakkan gambar-gambar memperlihatkan kecantikan masing-masing dengan pelbagai aksi. Macam-macam gaya ditunjukkan, ada yang menunjukkan peace, ada yang membeliakkan mata, memuncungkan mulut dan sebagainya. Apabila bila ditanya apakah motif memperlihatkan gambar sedemikian rupa? Rata-rata akan menjawab sekadar berkongsi kegembiraan, pengalaman dan sebagainya. Namun tidakkah dapat kita berfikir sejenak, memperlihatkan gambar tersebut boleh mendatangkan pelbagai respon dan persepsi ramai. Terutamanya kepada kaum berlawanan, gambar tersebut dapat mendatangkan keghairahan. Jikalah kaum hawa mengetahui apakah kaum adam berkata sesama sendiri mengenai gambar tersebut, nescaya mereka tidak akan meletak gambar sedemikian rupa lagi!

Islam merupakan agama yang menghendaki kita bersederhana. Janganlah berlebih-lebihan meletak gambar, seolah-olah saling berlawan siapakah memiliki paling banyak gambar. Jika tersangat beringinan untuk menunjukkan wajah diri sebagai pengenalan diri, cukuplah sekadar meletak satu gambar dengan syarat gambar tersebut tanpa aksi-aksi tertentu yang mampu menarik perhatian orang luar. Mudah-mudahan kita mampu melawat sifat ingin menunjuk-nunjuk ini. Nah… mulalah berubah. Anda mampu untuk mengatasi penyakit ini!



Saturday, February 4, 2012

Obes, Buncit, Gendut atau Edema?


Obes, Buncit, Gendut atau Edema?

Saya tertarik dengan isu yang dibawakan melalui artikel ini, mungkin kalau dilihat kepada istilah obes, buncit, gendut dan edema akan membawa satu mindset secara umum, iaitu masalah kegemukan. Namun, apa yang menariknya adalah isu yang dibawa mengenai edema, ramai yang kurang mengenali apa itu edema, artikel ini akan menerangkan edema secara lebih lanjut dan apa yang perlu diketahui oleh masyarakat.







Oleh : Mohd Syamirulah Rahim
Penuntut Tahun 5 Jurusan Perubatan
Nizhny Novgorod State Medical Academy, Russia


Isu kegemukan atau obes terutamanya di kalangan murid sekolah menjadi perbincangan hangat masyarakat di Malaysia. Sesuatu yang positif mungkin boleh dikaitkan dengan perkembangan ini apabila sikap prihatin masyarakat tentang kesihatan dan perubatan semakin meningkat.
Walaubagaimanapun, sebelum kita melihat isu obes secara objektif dalam rencana akan datang lebih baik kita tinjau sedikit aspek-aspek perubatan lain secara ringkas yang membincangkan perihal penyakit-penyakit yang berkaitan dengan kegemukan.
Dari gambar di atas mungkin seseorang akan mengenalinya sebagai buncit, boroi atau obes. Sebenarnya  tanggapan ini adalah tidak benar. Hakikatnya ialah keadaan ini dikenali “ascites” dalam istilah perubatan. Ascites merupakan pengumpulan cecair dibahagian abdomen badan, apabila badan kehilangan keupayaan mengawal keseimbangan tekanan cecair (homeostasis) di dalam salur darah badan. Secara umum, atau lebih popular dalam dunia perubatan istilah ini lebih dikenali sebagai “edema“. Dari gambar di atas, jelas edema berlaku di bahagian abdomen.
Edema boleh berlaku di mana-mana sahaja. Sekiranya ia berlaku di bahagian kaki sehingga menyebabkan ianya berlekuk jika ditekan (meninggalkan kesan), seperti gambar dibawah, ianya dipanggil “pitting edema”.
Manakala jika edema berlaku di muka, khususnya sekeliling mata, ia dipanggil “periorbital edema“. Contohnya gambar dibawah:
Selain di bahagian tubuh badan, edema juga boleh melibatkan organ-organ dalaman, contohnya seperti cerebral edema (edema di bahagian otak) dan pulmonary edema (edema di paru-paru).
Bagaimana edema boleh berlaku?
Seperti yang dinyatakan, edema terjadi apabila terdapat gangguan terhadap kawalan kandungan cecair didalam salur badan. Badan manusia merupakan ciptaan Tuhan yang cukup kompleks, antaranya termasuklah bagaimana badan memastikan keseimbangan kandungan cecair.
Di dalam saluran darah, terdapat dua jenis tekanan yang memainkan peranan dalam proses homeostasis badan. Tekanan tersebut dinamakan tekanan hidrostatik (hydrostatic pressure) dan tekanan onkotik (oncotic pressure). Secara ringkas, kedua-dua tekanan ini berperanan menentukan arah pergerakan cecair plasma didalam darah, sama ada keluar dari saluran darah ke kawasan intrasel (intracellular space), ataupun dari kawasan intrasel ke dalam saluran darah.
Selain dari itu, ketelapan (permeability) dinding saluran darah juga turut memainkan peranan dalam mengawal tekanan air didalam darah. Keseluruhan faktor-faktor ini memainkan peranan penting yang diformulakan sebagai Persamaan Starling (Starling Equation) bagi menerangkan fenomena edema.
Apakah punca edema?
Pertamanya, antara punca utama terjadinya edema adalah penyakit kegagalan fungsi jantung(heart failure), khususnya bagi bahagian kanan jantung. Bahagian jantung sebelah kanan terdiri daripada atrium dan ventrikel kanan, yang berfungsi menerima darah dari seluruh badan melalui vena, dan menyalurkannya ke paru-paru untuk dioksigenkan.
Dalam kegagalan fungsi ini, darah akan berkumpul di dalam vena kerana tidak dapat disalurkan ke paru-paru dengan baik. Akibatnya, tekanan hidrostatik darah akan meningkat di dalam salur darah vena, menyebabkan cecair plasma darah mengalir keluar dari dalam salur darah, ke kawasan intrasel.
Ia pertama sekali akan membawa kesan kepada bahagian bawah tubuh badan kerana pengaruh graviti ke atas cecair tersebut. Cecair intrasel akan berkumpul di bahagian kaki, menjadikan kaki berubah bentuk menjadi sembab dan besar. Malah jika ditekan pada tulang betis, ia akan meninggalkan kesan lekuk. Keadaan ini dikenali sebagai “Pitting Edema“.
Sekiranya ianya dibiarkan, ia akan semakin bertambah kronik dan meningkat ke bahagian atas tubuh badan, mencecah tulang sakrum (tulang ekor punggung). Dalam keadaan yang lebih serius, edema di bahagian perut dan abdomen akan terjadi, dinamakan “ascites”. Sehinggalah ke peringkat akhir sekiranya tiada rawatan diambil, akan akan menjadi “anasarca“, iaitu keseluruhan badan menjadi sembab dan bengkak disebabkan cecair yang berkumpul di seluruh badan.
Selain dari kegagalan fungsi jantung, penyebab lain berlakunya edema adalah penyakit bengkak hati (liver cirrhosis). Dalam kes ini, dua mekanisma berlaku, pertamanya hati gagal menghasilkan hormon-hormon dan bahan kimia yang mengawal proses badan, menyebabkan berlakunya kekacauan dalam proses mengatur keseimbangan cecair badan. Keduanya, hati menerima darah khusus daripada salur darah usus yang membawa nutrien dari makanan untuk ditapis dan diproses, justeru dalam penyakit ini, hati gagal memproses dengan efisien menyebabkan darah berkumpul di salur-salur darah abdomen. Seperti di atas, tekanan hidrostatik akan meningkat, seterusnya berubah menjadi ascites.
Penyebab utama bengkak hati adalah disebabkan pengambilan alkohol
Dua penyebab di atas merupakan penyebab utama terjadinya edema. Selain itu, penyebab-penyebab lain termasuklah seperti kegagalan buah pinggang, kegagalan fungsi salur darah vena (vein insufficiency) dan penyakit-penyakit yang mengganggu sistem limfa.
Apakah rawatan bagi edema ?
Secara umumnya, rawatan yang benar-benar berkesan bagi edema adalah dengan merawat penyebab terjadinya edema terlebih dahulu. Walaubagaimanapun, terdapat langkah-langkah yang boleh diambil bagi mengurangkannya. Antaranya ialah dengan menghadkan pengambilan air minuman, serta mengurangkan pengambilan garam. Selain itu, penggunaan ubat-ubatan dari jenis diuretik seperti Thiazide, Furosemide dan Spironolactoce boleh membantu mengurangkan edema, namun haruslah diambil hanya dengan preskripsi doktor.
Boroi, buncit atau gendut?
Tiga istilah ini secara umumnya bermaksud perut yang besar, namun konotasi boroi itu lebih tepat bermaksud pengumpulan tisu lemak di bahagian abdomen badan. Terdapat tiga jenis lokasi lemak dalam badan manusia, iaitu lemak di kulit (subcutaneous fat), lemak di antara otot (intramuscular fat), dan lemak di dalam badan (visceral fat, juga dikenali sebagai adipose tissue).
Ia biasa berlaku kepada individu yang obes, iaitu mempunyai berat badan berlebihan. Kita boleh mengetahui sama ada seseorang itu obes atau tidak, dengan mengira jumlah Indeks Jisim Badan (Body Mass Index). Bagi mereka yang obes, lemak akan berkumpul di merata tempat di dalam badan, tidak terkecuali di bahagian lemak visceral. Di bahagian abdomen badan, terdapat banyak kawasan lemak visceral, justeru itu ia akan lebih terkesan bagi individu yang obese.
Boroi atau gendut selalunya dikaitkan dengan lelaki kerana perbezaan hormon menyebabkan lemak lebih banyak disimpan di bahagian abdomen. Bagi wanita pula, hormon wanita (estrogen) menyebabkan lemak lebih tertumpu ke bahagian punggung dan paha. Kerana itulah apabila seseorang wanita telah putus haid (menopaus), lapisan lemak secara perlahan-lahan akan beralih tempat ke bahagian perut.
Boroi (abdominal obesity) merupakan satu petanda yang berbahaya. Ia menunjukkan bahawa berat badan sudah melepasi tahap yang normal, maka ia meningkatkan risiko penyakit kardiovaskular seperti serangan jantung dan angin ahmar, berkali-kali ganda. Ia juga meningkatkan risiko penyakit kencing manis, serta 1001 macam lagi jenis penyakit berbahaya.
Sumber: www.majalahsains.com 

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More