Pages

Blog akuhatiberani

Selamat datang dan terima kasih kerana melayari blog .::akuhatiberani::.

Salam tahun baru masihi 2012

Islam Inside'

Perkongsian ilmu dan info semasa mengenai Islam dan isu-isu berkaitan.

Dr.Cinta

Kenali cinta, cinta bukan sekadar ungkapan.

Info Kesihatan

Fakta kesihatan yang bermanfaat untuk diketahui.

Wednesday, February 8, 2012

Pancake Oligo, made in home...

Pancake oh pancake..... Rasa tergerak kaki dan tangan untuk membuat pancake..sebenarnya aku x tau mcmn rasa sebenar pancake tu, apatah lagi untuk membuatnya sendiri.....sangat3 la x pernah.... Tapi petang tadi aku dah berjaya buatnya...hohoho....

Aku menjenguk ke dapur mencari sesuatu yang ingin dimakan (padahal aku baru pas makan nasik)...kes kuat makan la ne, maklumlah cuti semester...hihi... Memandangkan dah petang, bek aku buat aktiviti minum petang dengan anak buah... Tapi......sebenarnya aku x tau mau buat apa... Selongkar dan menyelongkar.......maka terjumpa lah kotak tepung untuk membuat pancake.....yeeeaaaahhh.....macam best, tp aku xtau buat...... Dalam fikiran, "mesti aflah dan hana akan teruja ayah uchu dorg nak buatkan pancake..." Errr..sebenarnya aku akan paksa aflah dan hana join sekali menikmati pancake ne walaupun x sedap atau x jadi...hoho bertindak kejam skit..

Aktiviti membuat pancake pun bermula.........apa yang aku buat???ehe...
1. Tepung pancake
- Letakkan secawan tepung pancake tu dalam mangkuk.
2. Telur
- Tambahkan sebiji telur (gaul2 dan shake2...).
3. Susu
- Tambahkan susu segar secawan... 
3. Oligo (3in1)
- Tiba2 idea datang...aku rasa nak tambah Oligo (3in1) ke dalam ramuan pancake aku ne, so aku gantikan susu ngan Oligo...ehehe...
4. Gaul dan goncang dan sebatikan dan apa2 lah asalkan hasilnya menjadi satu warna....

Sedang sibuk2 menggaul.......mak datang buat spot check....dalam hati, "alamak, habislah aku...master chef dah datang....".. Tengok ja dalam mangkuk tu dah kantoi, "Kenapa warna coklat? Kenapa cair sangat? Pgi ambik tepung, tambah lagi...." Adeh, baru aku tau, campuran tadi kena pekat (ala..lebih kurang pekat macam susu tin cap junjung tu...ehe...)
Ok, setelah tutorial dari my mum...giliran aku utk teruskan....

5. Panaskan kuali (guna kuali flat diameter kecik ok..) dan minyak (minyak dua sudu kecik cukup kot..)
6. Masukkan campuran 1,2,3,4 td ke dalam kuali..........ratakan..pastikan rata (saja skema)
7. Tunggu dalam 2 hingga 3 minit.....terbalikkan...tunggu lagi 2 hingga 3 minit....(asyik2 kena tunggu...)
8. Yeeaaaahhhh...siap sebijik pancake....(baru aku tau, inilah rupa pancake......)
9. Ulangi 6 dan 7 sampai habis bahan dalam mangkuk tadi....ehe....k dah siap....
10. Curahkan Pancake Syrup atas pancake ataupun guna lah kaya atau jem atau apa2 la...hidang dan makan................:)

* See, 10 langkah mudah utk siapkan pancake paling sedap di dunia...(sedap la sgt..)

Errrr......macam buat resipi ja ne....jgn ikut dan terpengaruh, takut jadi benda lain.....x tanggung...
Kalau mau buat pancake yang betul, cari resipi dari sumber yang dipercayai....ehe...



Nah tgk la betapa cantinya dan gebunya dan menawannya dan menyelerakan pancake tu....... Tapi yang ne just gambar hiasan, aku copy paste...ehe... Pancake sebenar yang terhasil..................


Hohoho...hancusss.......tp xpa lah asalkan still rupa pancake. Tengolah betapa cute pancake yang aku hasilkan, dengan tambahan perisa Oligo..sebab tu warna coklat dan rasa semestinya la coklat...yummy3...:) 

Kepada mana2 pihak yang ingin menempah pancake, boleh lah berhubung terus dan nyatakan hasrta anda....hoho bajet promote.... <-- Ini adalah mitos semata2..

Ok lah...sekian dari catatan myLife.. Salam...:)


Tuesday, February 7, 2012

Kasih Sayang Ibu Bapa Mencegah Penyakit Psikologi dan Biologi Anak

Ibu bapa penyayang, benteng perkasa kehidupan anak sehingga ke alam dewasa 

TEKANAN yang dialami pada zaman kanak-kanak boleh memberi kesan negatif apabila seseorang individu meningkat dewasa. Keadaan ini lebih-lebih lagi akan dialami mereka yang hidup dalam keadaan serba kekurangan, tapi jika mendapat kasih sayang dan perhatian ibu bapa ketika kecil, mereka akan membesar dalam keadaan fizikal yang lebih baik. 


Berdasarkan kajian dilakukan saintis, jika ibu bapa mendedahkan anak dengan kegiatan harian seperti membenarkan mereka bermain di padang permainan dan pada malam hari pula menemankan anak seketika sebelum mereka tidur serta membacakan mereka kisah yang bermanfaat, rutin berkenaan akan menjadikan anak lebih terhindar daripada sebarang penyakit yang serius. 


Bahkan, berdasarkan kajian dilakukan di Universiti Brandeis, Boston juga menunjukkan kanak-kanak yang mendapat penjagaan dan kasih sayang yang erat daripada ibu bapa mereka semasa kecil akan kurang mengalami risiko dihidapi kencing manis mahupun serangan jantung apabila mereka dewasa kelak. 


Atau dalam erti kata lain, kegembiraan adalah kunci kepada kesihatan yang memuaskan dalam kehidupan mereka, malah ibu bapa yang memupuk anak mereka dengan kasih sayang ketika kecil sebenarnya membantu si anak membangunkan diri dalam persekitaran positif, selain anak mampu menangani keadaan menjadikan kehidupan mereka lebih berjaya. 


Pasukan kaji selidik ini juga mengkaji 1,000 orang daripada latar belakang berpendapatan rendah menunjukkan tahap kesihatan anak mereka juga adalah lebih rendah selain jangka hayat yang lebih rendah berbanding anak yang membesar dengan kasih sayang ibu bapa yang mencukupi ketika kecil.


Bagaimanapun, kaji selidik itu juga menemukan mereka dengan beberapa orang daripada keluarga berpendapatan rendah dan kurang bernasib baik, namun berjaya dalam kehidupan kerana mereka mempunyai ibu bapa yang penyayang. Antara kaedah dilakukan penyelidik ini adalah memilih peserta yang rata-rata berusia 46 tahun dan menjalani pemeriksaan kesihatan di hospital. Mereka turut ditanya mengenai ibu mereka dengan soalan seperti berapa banyakkah si ibu memahami masalah dan kebimbangan dihadapi peserta kaji selidik dan berapa banyak masa serta perhatian diberikan ketika peserta memerlukannya. 


Sumber: Keratan artikel Ratu Berita Harian 07 Feb 2012


Tertarik dengan artikel hari ini, sebenarnya terlihat post page Berita Harian di Facebook. Artikel ini menunjukkan betapa pentingnya kasih sayang ibu bapa terhadap anak. Kajian tersebut memperlihatkan, kasih sayang dan kebahagian yang dimiliki kemudiannya dicurahkan kepada anak mampu memberikan manfaat kesihatan secara psikologikal dan biologikal. Jika kita lihat realiti pada hari ini, agak sukar untuk ibu bapa moden meluangkan masa yang lebih kepada anak mereka, tetapi mereka tidak boleh disalahkan sepenuhya, mungkin atas faktor kerjaya, mencari rezeki untuk kelangsungan hidup. 


Walaupun kesibukan yang dialami, bukanlah suatu alasan untuk ibubapa mengabaikan anak, luangkan masa diluar kesibukan anda untuk mereka. Berikan didikan di rumah, jangan cuma berharap pada didikan di sekolah kerana nilainya dan hasilnya adalah berbeza. Curahkan kasih sayang sebagai seorang ibu, sebagai seorang ayah. Pastinya hasil yang baik memerlukan usaha positif.. Bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Anak adalah amanah...:)

Doa ibu bapa untuk anak (amalkan):



"Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua: orang-orang Islam (yang berserah diri) kepadaMu, dan jadikanlah daripada keturunan kami: umat Islam (yang berserah diri) kepadamu, dan tunjukkanlah kepada kami syariat dan cara-cara ibadat kami, dan terimalah taubat kami; sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani"
-Surah Al-Baqarah, ayat 128.



Monday, February 6, 2012

Tabarruj – Dosa Paling Banyak di Facebook!




Ramai yang tidak sedar maksud tabarruj dan lagi ramai yang tidak sedar bahawa mereka melakukan kesalahan tersebut. Post kali ini merupakan perkongsian yang diharap dapat memberi info yang berguna, khususnya wanita. Terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan tabarruj, tidak salah untuk memiliki kecantikan dan rupa paras yang cute miut (sememangnya ciptaan Allah itu kan sempurna dengan izin-Nya), tapi tidak perlu untuk dibanggakan sana sini, promote sana sini, dedah sana sini....cukup sekadar mensyukuri nikmat tersebut. Atas alasan apa untuk ditayangkan/didedahkan (tabarruj)? Terutamanya pada laman sosial seperti Facebook, privatekan lah gambar anda, tidak perlu ditayangkan rupa anda dan body anda. Tahukah anda wahai wanita, ramai lelaki mempunyai iman yang lemah, kang gambar korang kena guna untuk tujuan "peribadi"...padan muka.! Fahami dan ambil tindakan, jauhi tabarruj, cabaran untuk anda andai anda berani...:) Selamat membaca.





Tabarruj – Dosa Paling Banyak di Facebook!

Adakah kamu (Wanita) tidak takut pada hukum Allah SWT ?? Apakah kamu menilai Allah SWT itu hanya barang permainan bagi kamu ? Dimanakah letaknya keimanan dan kesungguhan kamu dalam beragama ?

Hentikan gangguan seksual kepada lelaki.!


Facebook merupakan laman sosial kegilaan ramai buat masa kini. Cukup aneh untuk berjumpa dengan seseorang yang tidak mempunyai sekurang-kurangnya sebuah akaun facebook. Namun di sebalik penggunaan facebook ini, tanpa kita sedari pelbagai dosa berlaku di kalangan pengguna. Saya ingin menfokuskan pada salah satu pointyang diberi iaitu ‘terlebih gambar‘. Sikap suka menunjuk-nunjuk gambar boleh dikaitkan dengan tabarruj, iaitu suatu dosa yang dianggap remeh oleh masyarakat kita.
Apakah itu tabarruj? Suatu persoalan yang perlu dihurai lanjut.
TABARRUJ ialah mendedahkan kecantikan rupa paras sama ada kecantikan itu di bahagian muka atau di anggota-anggota badan yang lain. Al-Bukhari rahmatullah ‘alaihi ada berkata:
“tabarruj, iaitu seorang wanita yang memperlihatkan kecantikan rupa parasnya”.
Untuk menjaga masyarakat daripada bahaya pendedahan ‘aurat dan disamping menjaga kehormatan wanita dari sebarang pencerobohan, maka dengan yang demikian Allah melarang setiap wanita yang berakal lagi telah baligh dari bertabarruj. Allah s.w.t telah berfirman dalam surah an-Nur ayat 31yang bermaksud:
“Katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang bisa nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan jangan menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka atau ayah mereka atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara mereka, putera-putera lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang ‘aurat wanita. Dan jangalah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka.Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.”
Dengan ini jelas bahawa sebarang corak perhiasan di anggota badan atau di pakaian, adalah boleh membawa fitnah. Dengan inilah Allah melarang bermake-up. Larangan seperti ini hanya sanggup ditaati oleh wanita-wanita yang beriman sahajakerana takut kepada kemurkaan Allah dan seksaan dari-NYA. Berikut pula mari kita renungi firman Allah khasnya yang ditujukan kepada isteri-isteri Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
“Hai isteri-isteri Nabi(a.s), kamu sekalian tidaklah seperti wanita yang lain, jika kau bertaqwa. Kerana itu janganlah kamu terlalu lunak dalam bicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada perasaan serong di dalam hatinya, tetapi ucaplah perkataan yang baik.” (Al-ahzab: 32)
Daripada ayat ini dapatlah difahamkan bahawa suara lemah lembut adalah sebahagian daripada ‘aurat wanita juga.Kembali lagi kita kepada jenis alat-alat make-up. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
“Andainya wanita keluar dari rumah serta memakai bau-bauan, maka dia sudah dianggap melakukan perzinaan”
Penggunaan wangi-wangian sembur atau jenis jenis bauan bagi kaum wanita diwaktu keluar dari rumah adalah dilarang, kerana syari’at Islam, apabila melarang perzinaan, maka segala sumber-sumber dan cirri-ciri yang membawa kepada perbuatan keji tadi semuanya juga dilarang.

Ummu salamah ada menceritakan, maksudnya begini:
“ Asma’ binti Abu Bakar telah menziarahi Rasulullah s.a.w pada suatu hari dengan pakaian yang nipis. Lantas Rasulullah.s.a.w menasihatinya dengan bersabda yang maksudnya :“ Wahai Asma’, sesungguhnya seseorang gadis yang telah berhaidh (baligh), tidak harus baginya menzahirkan anggota badan, kecuali ini dan ini.” Ketika itu, Rasulullah s.a.w mengisyaratkan kepada muka dan kedua tapak tangan.
Sekarang kita khususkan konsep tabarruj ke dalam penggunaan facebook. Jenguklah sebentar ke laman facebook dan lihatlah bertapa ramai muslimah tanpa segan silu meletakkan gambar-gambar memperlihatkan kecantikan masing-masing dengan pelbagai aksi. Macam-macam gaya ditunjukkan, ada yang menunjukkan peace, ada yang membeliakkan mata, memuncungkan mulut dan sebagainya. Apabila bila ditanya apakah motif memperlihatkan gambar sedemikian rupa? Rata-rata akan menjawab sekadar berkongsi kegembiraan, pengalaman dan sebagainya. Namun tidakkah dapat kita berfikir sejenak, memperlihatkan gambar tersebut boleh mendatangkan pelbagai respon dan persepsi ramai. Terutamanya kepada kaum berlawanan, gambar tersebut dapat mendatangkan keghairahan. Jikalah kaum hawa mengetahui apakah kaum adam berkata sesama sendiri mengenai gambar tersebut, nescaya mereka tidak akan meletak gambar sedemikian rupa lagi!

Islam merupakan agama yang menghendaki kita bersederhana. Janganlah berlebih-lebihan meletak gambar, seolah-olah saling berlawan siapakah memiliki paling banyak gambar. Jika tersangat beringinan untuk menunjukkan wajah diri sebagai pengenalan diri, cukuplah sekadar meletak satu gambar dengan syarat gambar tersebut tanpa aksi-aksi tertentu yang mampu menarik perhatian orang luar. Mudah-mudahan kita mampu melawat sifat ingin menunjuk-nunjuk ini. Nah… mulalah berubah. Anda mampu untuk mengatasi penyakit ini!



Tolong Sampaikan Cintaku...



Tolong Sampaikan Cintaku


Tolong beritahu si dia, ada pesanan buatnya
Tolong beritahu si dia,
Cinta Agung adalah cintaNya
Tolong beritahu si dia,
Cinta manusia bakal membuatnya alpa

Tolong nasihati si dia,
Jangan mencintaiku lebih dari dia mencintai Yang Maha Kuasa
Tolong nasihati si dia,
Jangan mengingatku lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa
Tolong nasihati si dia,
Jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan ibu bapanya

Tolong katakan pada si dia,
Dahulukan Allah, kerana disitu ada Syurga
Tolong katakan pada si dia,
Dahulukan ibu bapanya, karena ditelapak itu ada syurganya

Tolong ingatkan si dia,
Aku terpikat kerana imannya bukan rupa
Tolong ingatkan si dia,
Aku lebih cintakan Zuhudnya bukan harta
Tolong ingatkan si dia,
Aku kasihinya kerana taqwanya

Tolong tegur si dia,
Bila dia mulai mengagungkan cinta manusia
Tolong tegur si dia,
Bila dia tenggelam dalam angan-angannya
Tolong tegur si dia
Andai nafsu mengawal fikirannya

Tolong sedarkan si dia,
Aku milik Yang Maha Esa
Tolong sedarkan si dia,
Aku masih milik keluarga
Tolong sedarkan si dia,
Tanggungjawabnya besar kepada keluarganya

Tolong sabarkan si dia,
usah ucap cinta di kala cita cita blm terlaksana
Tolong sabarkan si dia,
Andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta
Tolong sabarkan si dia,
Bila jarak menjadi penyebab bertambah rindunya

Tolong pesan padanya,
Aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya
Tolong pesan padanya,
Aku tak mau menjadi puncak kegagalannya
Tolong pesan padanya,
Aku membiarkan Yang Esa menjaga dirinya

Tolong khabarkan pada si dia
Aku tak mahu meletakkan dia serba salah dalam mencintai
Tolong khabarkan pada si dia,
Aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya
Tolong khabarkan pada si dia,
Jadilah penyokong dalam kejayaanku

Tolong sampaikan pada si dia,
Aku mendambakan cinta suci yang terjaga
Tolong sampaikan pada si dia,
Cinta kerana ALLAH tidak ternilai harganya
Tolong sampaikan pada si dia,
Hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa.

Hanya Engkau Ya ALLAH yang mengetahui siapa si dia.
Tolong sampaikan pada si dia, kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri
Moga pesananku sampai padanya, walau aku sendiri tidak mengetahui siapa dan dimana si dia..
Moga dia seperti seekor lebah yang senantiasa memuji keagungan Yang Maha Kuasa,
Memasuki taman larangan dengan sopan-santunnya dan bertemu mawar berduri yang terjaga oleh tuannya..

Sumber: Sumber asal tidak diketahui

Saya sangat suka dengan karya ini, rasa tertarik untuk dikongsikan. Mesej yang ingin disampaikan mungkin tertumpu kepada kaum Adam, tapi ada baiknya direnungi untuk kaum Adam dan Hawa..:)
"Cintainya andai anda berniat untuk memilikinya, kasihinya andai anda bersedia untuk menerima kekurangannya dan saling melengkapi, andai anda berani dan mampu, nikahinya sebagai isterimu....dan terimanya sebagai suamimu......"





Kita Bertanya, Al-Quran Sudah Menjawab...


JANGAN MENGELUH

Dalam kehidupan kita seharian, kita mungkin menghadapi pelbagai situasi, setiap daripada kita akan menjalani   ujian daripada Allah, tidak kira sama ada ujian itu dalam bentuk kesusahan/kepayahan mahupun ujian dalam bentuk kesenangan. Secara tidak sedar, kadang-kadang kita akan bertanya/mempersoalkan seolah-olah berputus asa dan kecewa dengan apa yang berlaku. Sedarkah kita sejauhmana kita memanfaatkan ujian tersebut? Post kali ini sebagai perkongsian dan peringatan bersama. Syukuri apa yang ada, hidup adalah anugerah.....



Kita selalu bertanya.....dan Al-Quran sudah pun menjawabnya......

KITA BERTANYA
KENAPA AKU DIUJI?

QURAN MENJAWAB 
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," ("I am full of faith to Allah") sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KITA BERTANYA
KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?

QURAN MENJAWAB 
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
- Surah Al-Baqarah ayat 216 

KITA BERTANYA
KENAPA UJIAN SEBERAT INI?

QURAN MENJAWAB 
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
- Surah Al-Baqarah ayat 286 

KITA BERTANYA
KENAPA RASA FRUST?

QURAN MENJAWAB 
"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yg beriman."
- Surah Al-Imran ayat 139 

KITA BERTANYA
BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

QURAN MENJAWAB
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan  perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)."
- Surah Al-Imran ayat 200

KITA BERTANYA
BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

QURAN MENJAWAB
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
- Surah Al-Baqarah ayat 45 

KITA BERTANYA 
APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?

QURAN MENJAWAB 
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... ?
- Surah At-Taubah ayat 111 

KITA BERTANYA 
KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?

QURAN MENJAWAB
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal."
- Surah At-Taubah ayat 129 

KITA BERKATA
AKU TAK DAPAT TAHAN DENGAN SEMUA INI!!!

QURAN MENJAWAB
"... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."
- Surah Yusuf ayat 12


Sumber: Al-Quran Kalamullah



Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More