Pages

Blog akuhatiberani

Selamat datang dan terima kasih kerana melayari blog .::akuhatiberani::.

Salam tahun baru masihi 2012

Islam Inside'

Perkongsian ilmu dan info semasa mengenai Islam dan isu-isu berkaitan.

Dr.Cinta

Kenali cinta, cinta bukan sekadar ungkapan.

Info Kesihatan

Fakta kesihatan yang bermanfaat untuk diketahui.

Saturday, February 4, 2012

Kisah Sepohon Epal



Kisah Sepohon Epal

Suatu masa dahulu, terdapat sebatang pohon epal yang amat besar. Seorang kanak-kanak lelaki begitu gemar bermain-main di sekitar pohon epal ini setiap hari. Dia memanjat pohon tersebut, memetik serta memakan epal sepuas-puas hatinya, dan adakalanya dia beristirehat lalu terlelap di perdu pohon epal tersebut. Anak lelaki tersebut begitu menyayangi tempat permainannya. Pohon epal itu juga menyukai anak tersebut.

Masa berlalu… anak lelaki itu sudah besar dan menjadi seorang remaja. Dia tidak lagi menghabiskan masanya setiap hari bermain di sekitar pohon epal tersebut. Namun begitu, suatu hari dia datang kepada pohon epal tersebut dengan wajah yang sedih.

“Marilah bermain-mainlah di sekitarku,” ajak pohon epal itu.” Aku bukan lagi kanak-kanak, aku tidak lagi gemar bermain dengan engkau,” jawab remaja itu.

“Aku mahukan permainan. Aku perlukan wang untuk membelinya,” tambah remaja itu dengan nada yang sedih.

Lalu pohon epal itu berkata, “Kalau begitu, petiklah epal yang ada padaku. Juallah untuk mendapatkan wang. Dengan itu, kau dapat membeli permainan yang kau inginkan.”

Remaja itu dengan gembiranya memetik semua epal dipohon itu dan pergi dari situ. Dia tidak kembali lagi selepas itu. Pohon epal itu merasa sedih. Masa berlalu…

Suatu hari, remaja itu kembali. Dia semakin dewasa.

Pohon epal itu merasa gembira.”Marilah bermain-mainlah di sekitarku,” ajak pohon epal itu.”Aku tiada waktu untuk bermain. Aku terpaksa bekerja untuk mendapatkan wang. Aku ingin membina rumah sebagai tempat perlindungan untuk keluargaku. Bolehkah kau menolongku?” Tanya anak itu.

“Maafkan aku. Aku tidak mempunyai rumah. Tetapi kau boleh memotong dahan-dahanku yang besar ini dan kau buatlah rumah daripadanya.” Pohon epal itu memberikan cadangan.

Lalu, remaja yang semakin dewasa itu memotong kesemua dahan pohon epal itu dan pergi dengan gembiranya. Pohon epal itu pun turut gembira tetapi kemudiannya merasa sedih kerana remaja itu tidak kembali lagi selepas itu.

Suatu hari yang panas, seorang lelaki datang menemui pohon epal itu. Dia sebenarnya adalah lelaki yang pernah bermain-main dengan pohon epal itu. Dia telah matang dan dewasa.”Marilah bermain-mainlah di sekitarku,” ajak pohon epal itu.

” Maafkan aku, tetapi aku bukan lagi kanak-kanak lelaki yang suka bermain-main di sekitar mu. Aku sudah dewasa. Aku mempunyai cita-cita untuk belayar. Malangnya, aku tidak mempunyai bot. Bolehkah kau menolongku?” tanya lelaki itu.

“Aku tidak mempunyai bot untuk diberikan kepada kau. Tetapi kau boleh memotong batang pohon ini untuk dijadikan bot. Kau akan dapat belayar dengan gembira,” kata pohon epal itu.

Lelaki itu merasa amat gembira dan menebang batang pohon epal itu. Dia kemudiannya pergi dari situ dengan gembiranya dan tidak kembali lagi selepas itu.

Namun begitu, pada suatu hari, seorang lelaki yang semakin dimamah usia, datang menuju pohon epal itu. Dia adalah lelaki yang pernah bermain di sekitar pohon epal itu.”

Maafkan aku. Aku tidak ada apa-apa lagi untuk diberikan kepada kau. Aku sudah memberikan buahku untuk kau jual, dahanku untuk kau buat rumah, batangku untuk kau buat boat. Aku hanya ada tunggul dengan akar yang hampir mati…” kata pohon epal itu dengan nada pilu.”

Aku tidak mahu epalmu kerana aku sudah tiada bergigi untuk memakannya, aku tidak mahu dahanmu kerana aku sudah tua untuk memotongnya, aku tidak mahu batang pohonmu kerana aku tidak berupaya untuk belayar lagi, aku merasa lelah dan ingin istirehat,” jawab lelaki tua itu.”

Jika begitu, istirehatlah di perduku,” kata pohon epal itu.Lalu lelaki tua itu duduk beristirahat di perdu pohon epal itu dan beristirahat. Mereka berdua menangis kegembiraan.

Sebenarnya, pohon epal yang dimaksudkan didalam cerita itu adalah kedua-dua ibu bapa kita. Bila kita masih muda, kita suka bermain dengan mereka. Ketika kita meningkat remaja, kita perlukan bantuan mereka untuk meneruskan hidup. Kita tinggalkan mereka,dan hanya kembali meminta pertolongan apabila kita didalam kesusahan. Namun begitu, mereka tetap menolong kita dan melakukan apa saja asalkan kita bahagia dan gembira dalam hidup.

Anda mungkin terfikir bahwa anak lelaki itu bersikap kejam terhadap pohon epal itu, tetapi fikirkanlah, itu hakikatnya bagaimana kebanyakan anak-anak masa kini melayan ibu bapa mereka. Hargailah jasa ibu bapa kepada kita. Jangan hanya kita menghargai mereka semasa menyambut hari ibu dan hari bapa setiap tahun.

Renungkan bersama kisah ini dan mengambil iktibar untuk lebih menghargai dan menyayangi kedua ibubapa kita... 

Sumber: Sumber asal tidak diketahui. 


Kisah ini boleh dikatakan kisah yang sudah lama diceritakan sejak dulu lagi bagi menggambarkan pengorbanan ibubapa terhadap kita. Kisah ini bukanlah untuk mengatakan ibubapa kita itu sebagai sepohon epal, tapi lihatlah...apa yang digambarkan adalah realiti kehidupan kita pada masa ini. Walau apa yang kita lakukan, mereka tetap menerima kita, menyayangi kita, menanti kehadiran kita... Berapa ramaikah di antara kita yang sanggup berkorban untuk mereka? Untuk curahkan kasih sayang? Untuk membalas setitik peluh mereka? Jangan kita lupa, tanpa mereka, tanpa kasih sayang mereka....we are nothing...
p/s: Peringatan untuk diri sendiri dan insan yang bergelar anak..














Obes, Buncit, Gendut atau Edema?


Obes, Buncit, Gendut atau Edema?

Saya tertarik dengan isu yang dibawakan melalui artikel ini, mungkin kalau dilihat kepada istilah obes, buncit, gendut dan edema akan membawa satu mindset secara umum, iaitu masalah kegemukan. Namun, apa yang menariknya adalah isu yang dibawa mengenai edema, ramai yang kurang mengenali apa itu edema, artikel ini akan menerangkan edema secara lebih lanjut dan apa yang perlu diketahui oleh masyarakat.







Oleh : Mohd Syamirulah Rahim
Penuntut Tahun 5 Jurusan Perubatan
Nizhny Novgorod State Medical Academy, Russia


Isu kegemukan atau obes terutamanya di kalangan murid sekolah menjadi perbincangan hangat masyarakat di Malaysia. Sesuatu yang positif mungkin boleh dikaitkan dengan perkembangan ini apabila sikap prihatin masyarakat tentang kesihatan dan perubatan semakin meningkat.
Walaubagaimanapun, sebelum kita melihat isu obes secara objektif dalam rencana akan datang lebih baik kita tinjau sedikit aspek-aspek perubatan lain secara ringkas yang membincangkan perihal penyakit-penyakit yang berkaitan dengan kegemukan.
Dari gambar di atas mungkin seseorang akan mengenalinya sebagai buncit, boroi atau obes. Sebenarnya  tanggapan ini adalah tidak benar. Hakikatnya ialah keadaan ini dikenali “ascites” dalam istilah perubatan. Ascites merupakan pengumpulan cecair dibahagian abdomen badan, apabila badan kehilangan keupayaan mengawal keseimbangan tekanan cecair (homeostasis) di dalam salur darah badan. Secara umum, atau lebih popular dalam dunia perubatan istilah ini lebih dikenali sebagai “edema“. Dari gambar di atas, jelas edema berlaku di bahagian abdomen.
Edema boleh berlaku di mana-mana sahaja. Sekiranya ia berlaku di bahagian kaki sehingga menyebabkan ianya berlekuk jika ditekan (meninggalkan kesan), seperti gambar dibawah, ianya dipanggil “pitting edema”.
Manakala jika edema berlaku di muka, khususnya sekeliling mata, ia dipanggil “periorbital edema“. Contohnya gambar dibawah:
Selain di bahagian tubuh badan, edema juga boleh melibatkan organ-organ dalaman, contohnya seperti cerebral edema (edema di bahagian otak) dan pulmonary edema (edema di paru-paru).
Bagaimana edema boleh berlaku?
Seperti yang dinyatakan, edema terjadi apabila terdapat gangguan terhadap kawalan kandungan cecair didalam salur badan. Badan manusia merupakan ciptaan Tuhan yang cukup kompleks, antaranya termasuklah bagaimana badan memastikan keseimbangan kandungan cecair.
Di dalam saluran darah, terdapat dua jenis tekanan yang memainkan peranan dalam proses homeostasis badan. Tekanan tersebut dinamakan tekanan hidrostatik (hydrostatic pressure) dan tekanan onkotik (oncotic pressure). Secara ringkas, kedua-dua tekanan ini berperanan menentukan arah pergerakan cecair plasma didalam darah, sama ada keluar dari saluran darah ke kawasan intrasel (intracellular space), ataupun dari kawasan intrasel ke dalam saluran darah.
Selain dari itu, ketelapan (permeability) dinding saluran darah juga turut memainkan peranan dalam mengawal tekanan air didalam darah. Keseluruhan faktor-faktor ini memainkan peranan penting yang diformulakan sebagai Persamaan Starling (Starling Equation) bagi menerangkan fenomena edema.
Apakah punca edema?
Pertamanya, antara punca utama terjadinya edema adalah penyakit kegagalan fungsi jantung(heart failure), khususnya bagi bahagian kanan jantung. Bahagian jantung sebelah kanan terdiri daripada atrium dan ventrikel kanan, yang berfungsi menerima darah dari seluruh badan melalui vena, dan menyalurkannya ke paru-paru untuk dioksigenkan.
Dalam kegagalan fungsi ini, darah akan berkumpul di dalam vena kerana tidak dapat disalurkan ke paru-paru dengan baik. Akibatnya, tekanan hidrostatik darah akan meningkat di dalam salur darah vena, menyebabkan cecair plasma darah mengalir keluar dari dalam salur darah, ke kawasan intrasel.
Ia pertama sekali akan membawa kesan kepada bahagian bawah tubuh badan kerana pengaruh graviti ke atas cecair tersebut. Cecair intrasel akan berkumpul di bahagian kaki, menjadikan kaki berubah bentuk menjadi sembab dan besar. Malah jika ditekan pada tulang betis, ia akan meninggalkan kesan lekuk. Keadaan ini dikenali sebagai “Pitting Edema“.
Sekiranya ianya dibiarkan, ia akan semakin bertambah kronik dan meningkat ke bahagian atas tubuh badan, mencecah tulang sakrum (tulang ekor punggung). Dalam keadaan yang lebih serius, edema di bahagian perut dan abdomen akan terjadi, dinamakan “ascites”. Sehinggalah ke peringkat akhir sekiranya tiada rawatan diambil, akan akan menjadi “anasarca“, iaitu keseluruhan badan menjadi sembab dan bengkak disebabkan cecair yang berkumpul di seluruh badan.
Selain dari kegagalan fungsi jantung, penyebab lain berlakunya edema adalah penyakit bengkak hati (liver cirrhosis). Dalam kes ini, dua mekanisma berlaku, pertamanya hati gagal menghasilkan hormon-hormon dan bahan kimia yang mengawal proses badan, menyebabkan berlakunya kekacauan dalam proses mengatur keseimbangan cecair badan. Keduanya, hati menerima darah khusus daripada salur darah usus yang membawa nutrien dari makanan untuk ditapis dan diproses, justeru dalam penyakit ini, hati gagal memproses dengan efisien menyebabkan darah berkumpul di salur-salur darah abdomen. Seperti di atas, tekanan hidrostatik akan meningkat, seterusnya berubah menjadi ascites.
Penyebab utama bengkak hati adalah disebabkan pengambilan alkohol
Dua penyebab di atas merupakan penyebab utama terjadinya edema. Selain itu, penyebab-penyebab lain termasuklah seperti kegagalan buah pinggang, kegagalan fungsi salur darah vena (vein insufficiency) dan penyakit-penyakit yang mengganggu sistem limfa.
Apakah rawatan bagi edema ?
Secara umumnya, rawatan yang benar-benar berkesan bagi edema adalah dengan merawat penyebab terjadinya edema terlebih dahulu. Walaubagaimanapun, terdapat langkah-langkah yang boleh diambil bagi mengurangkannya. Antaranya ialah dengan menghadkan pengambilan air minuman, serta mengurangkan pengambilan garam. Selain itu, penggunaan ubat-ubatan dari jenis diuretik seperti Thiazide, Furosemide dan Spironolactoce boleh membantu mengurangkan edema, namun haruslah diambil hanya dengan preskripsi doktor.
Boroi, buncit atau gendut?
Tiga istilah ini secara umumnya bermaksud perut yang besar, namun konotasi boroi itu lebih tepat bermaksud pengumpulan tisu lemak di bahagian abdomen badan. Terdapat tiga jenis lokasi lemak dalam badan manusia, iaitu lemak di kulit (subcutaneous fat), lemak di antara otot (intramuscular fat), dan lemak di dalam badan (visceral fat, juga dikenali sebagai adipose tissue).
Ia biasa berlaku kepada individu yang obes, iaitu mempunyai berat badan berlebihan. Kita boleh mengetahui sama ada seseorang itu obes atau tidak, dengan mengira jumlah Indeks Jisim Badan (Body Mass Index). Bagi mereka yang obes, lemak akan berkumpul di merata tempat di dalam badan, tidak terkecuali di bahagian lemak visceral. Di bahagian abdomen badan, terdapat banyak kawasan lemak visceral, justeru itu ia akan lebih terkesan bagi individu yang obese.
Boroi atau gendut selalunya dikaitkan dengan lelaki kerana perbezaan hormon menyebabkan lemak lebih banyak disimpan di bahagian abdomen. Bagi wanita pula, hormon wanita (estrogen) menyebabkan lemak lebih tertumpu ke bahagian punggung dan paha. Kerana itulah apabila seseorang wanita telah putus haid (menopaus), lapisan lemak secara perlahan-lahan akan beralih tempat ke bahagian perut.
Boroi (abdominal obesity) merupakan satu petanda yang berbahaya. Ia menunjukkan bahawa berat badan sudah melepasi tahap yang normal, maka ia meningkatkan risiko penyakit kardiovaskular seperti serangan jantung dan angin ahmar, berkali-kali ganda. Ia juga meningkatkan risiko penyakit kencing manis, serta 1001 macam lagi jenis penyakit berbahaya.
Sumber: www.majalahsains.com 

Friday, February 3, 2012

"Perempuan Memang Tak Guna......." (read it)



“Perempuan memang tak guna!!!”
Saya percaya bahawa apabila anda mula-mula membaca tajuknya, dan membacanya mengikut intonasi yang betul, anda pasti tersangat tidak bersetuju. Sebelum anda mengatakan rasa tidak puas hati itu, eloklah dahulu bertenang dan baca dengan teliti semua fakta yang dikemukakan. Jika ada mana-mana point yang tidak tepat, sila betulkan saya.

  1. Perempuan itu tidak guna kain yang nipis untuk membuat bajunya, sehingga terbayang kulitnya. Kerana dia tahu, bahawa pakaian seperti itu adalahpakaian yang layak dipakai oleh perempuan murahan saja.
  2. Perempuan memang tidak guna rantai kaki yang berloceng utk dililitkan pada kakinya. Rantai ini apabila dipakai walaupun tersembunyi tetap bergemerincing dan menarik perhatian orang lain, lebih-lebih lagi lelaki jahat.
  3. Perempuan memang tidak guna minyak wangi yang baunya semerbak. Wangian sebegini mempunyai kuasa penyerakan bau yang amat tinggi kerana kadar kemeruwapannya tinggi. Biasanya kekuatan bau ini menunjukkan kadar kekompleksan rantai alcohol (secara kimia) yang digunakan utk membuat pewangi itu. Perempuan yang tidak memakai wangian yang kuat ini tahubahawa inilah yang dipesan oleh nabi. Sabda Nabi SAW bahawa wanita yang keluar rumah dgn memakai wangian, adalah seperti pelacur. Setiap lelaki yg trbau haruman itu akan mnghadiahkan 1dosa zina utk prempuan itu. Bayangkan la kalau ada sejuta lelaki sehari yang menikmati bau wangian yang dipakainya itu…nauzubillah….
  4. Perempuan memang tidak guna kata- kata yang keji , kerana dia tahu sesiapa sahaja yang bercakap perkara yang keji adalah mereka yang rendah akhlaknya. Lelaki atau perempuan yang bercakap menggunakan perkataan yang buruk @ jahat, adalah seperti sepohon pokok yang rosak akar tunjangnya.Dia tahu bahawa perumpamaan perkataan yang baik dan buruk dinyatakan dengan jelas dalam ayat 24-26 surah Ibrahim.
  5. Perempuan tidak guna masa berborak untuk mengatakan hal-hal orang yang disekitarnya atau dengan kata lain mengumpat, memperkatakan keabaian saudaranya. Dia tahu bahawa sekiranya orang yang suka mengumpat baik lelaki atau perempuan dia seolah-olah memakan daging saudaranya sendiri. Apakah sanggup kita memakan daging saudara sendiri? Persoalan ini ditanyakan kepada kita dalam firmanNya ayat 12. surah al-Hujurat.
  6. Perempuan memang tidak guna tudung tiga segi, apabila memakainya diselempangkannya sehingga nyata bentuk ‘perbukitan’ pada badannya . Sememangnya ia menjadi tatapan mata lelaki yang jahat yang terkena panahan syaitan. Dia tahu apabila bertudung, dia mesti melabuhkan tudungnya sehingga menutup alur lehernya dan tidak menampakkan bentuk di bahagian dadanya. Pesan Rasul seperti yang disuruh oleh Allah tersebut dalam ayat 59 al-AhzabBegitu juga seorang lelaki yang bergelar suami mesti memberiperingatan untuk isteri dan anak- anaknya.
  7. Perempuan memang tidak guna lenggok bahasa yang boleh menggoda seorang lelaki. Jika bercakap dengan lelaki yang bukan mahramnya, bercakaplah dengan tegas. Jangan biarkan suara lentukmu untuk menarik perhatian lelaki yang sakit dalam hatinya. Sememangnya suara perempuan bukanlah aurat, jika aurat maka Allah tidak akan menjadikan perempuan boleh berkata-kata. Bertegaslah dalam percakapan, jangan gunakan suaramu untuk menarik perhatian lelaki sehingga menjadi fitnah buatmu. Bahaya suara wanita yang bercakap dengan gaya membujuk yang boleh mencairkan keegoan lelaki (yang bukan mahramnya) dicatat dalam ayat 32 surah al-Ahzab. Makna ayatnya lebih kurang begini”Maka janganlah kamu tunduk dlm berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dlm hatinya dan ucapkanlah perkataan yang baik” ‘Tunduk’ di sini ditafsirkan sebagai berbicara dgn sikap yang boleh menimbulkan keberanian orang untuk bertindak jahat kpd mereka. “Penyakit dlm hati” adalah keinginan seorang lelaki utk melakukan perbuatan sumbang dgnnya seperti berzina. Mengapa? Lelaki sangat mudah tertarik kpd seorang wanita melalui suaranya.
  8. Perempuan memang tidak guna alat make-up untuk menonjolkan kejelitaannya melainkan di hadapan suaminya sahaja. Adab bersolek (tabarruj) ini amat ditekankan kepada wanita muslim (muslimah) kerana semestinya kecantikannya adalah hak ekslusif yang mesti persembahkan kepada suaminya.
  9. Perempuan tidak guna kain tudung yang jarang-jarang seperti jarangnya jala yang digunakan untuk memukat haiwan akuatik. Kerana apabila memakai tudung seperti ini, akan nampak juga bahagian yang sepatutnya ditutup rapi dari pandangan orang lain. Rambut adalah mahkota, tetapi jangan biarkan mahkota itu tidak ‘berharga’ dengan menayangkannya tanpa sebarang perlindungan. Jika mahkota berharga disimpan dengan rapi di dalam sangkar, dan ditambah pula pengawal untuk menjaga keselamatannya, maka demikian juga dengan rambut wanita. Sangkar itu adalah kain litup yang sempurna dan pengawalnya pula adalah ilmu yang diamalkan oleh anda untk memakainya dengan cara yang terbaik…


Sumber : pakarhowto.com, uwais qarn

Anda sudah selesai membaca? Marah? Geram? Maaf kerana mewujudkan perasaan itu.....:)
Diharap perkongsian daripada artikel ini boleh menjadi hint berguna untuk semua, khususnya insan bergelar wanita....

"Kerana dirimu begitu berharga..."




Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More