Pages

Blog akuhatiberani

Selamat datang dan terima kasih kerana melayari blog .::akuhatiberani::.

Salam tahun baru masihi 2012

Islam Inside'

Perkongsian ilmu dan info semasa mengenai Islam dan isu-isu berkaitan.

Dr.Cinta

Kenali cinta, cinta bukan sekadar ungkapan.

Info Kesihatan

Fakta kesihatan yang bermanfaat untuk diketahui.

Monday, June 18, 2012

Bunga Azan

Bunga Azan 



Bunga Azan, siapa pernah dengar? Ok, post kali ini saya kongsikan untuk hebahan umum supaya lebih ramai yang tahu tentang kwewujudan bunga ini. Video turut disertakan untuk melihat sendiri bagaimana bunga ini mekar ketika azan dilaungkan. Sungguh hebat ciptaan Allah...:)

Mengikut sumber, stesen telivesyen CNN pernah menayangkan dokumentari dan temubual mengenai kewujudan Bunga azan ini. Sesuai dengan nama yang diberikan, Bunga Azan ini akan mekar apabila azan dilaungkan.

Penemuan ini berlaku di Azerbaijan, seorang lelaki yang mempunyai pelbagai jenis koleksi bunga memiliki sejenis spesis bunga yang unik daripada spesis lain. Berita ini kemudiannya mendapat perhatian daripada pelbagai pihak.
 

Aku Hanya Seorang Hamba

Wujudnya aku sebagaimana wujudnya seorang hamba, 
Perjalanan ku sebagaimana perjalanan seorang hamba,
Ibadah ku sebagaimana ibadah seorangg hamba,
Khilaf ku kerana khilafnya seorang hamba yang tidak sempurna,...
Milikku adalah milikNya.. 
Aku hanya seorangg hamba yang tiada apa-apa melainkan apa yang tertulis untukku.....


Sunday, June 17, 2012

Reunion Terkejut dan Istimewa

Reunion Terkejut dan Istimewa

Siput kenangan...

Alhamdulillah......semalam 16/06/2012.... Aku berpeluang untuk jumpa dengan sahabat seperjuangan masa di UMS dulu. Subhan, Ecah, Im, Milah dan Asmah, dorang ni la genk yang rapat masa buat degree dulu, macam-macam benda nak buat sama-sama...istilah kaunseling kata, kejelekitan tu kuat...ehe... Hampir dua tahun tak jumpa, selepas daripada konvokesyen, memang bermula hari tu juga la aku terpisah dengan dorang semua ni. Huuuhhh.....rindu dgn perangai zaman muda-muda dulu..... Eh dah tua ke?? Masih muda laaa.....semua masih maintain....:)

Sebenarnya memang susah untuk jumpa, maklum lah, semua ada haluan masing-masing. Tapi syukur sangat, semalam kami ditakdirkan untuk ada masa yang terluang buat reunion terkejut ni. Subhan dan Milah kebetulan datang ke KL untuk beberapa hari, sebab ada mesyuarat katanya..dorang ni kan kaunselor PLKN...waaahhh... Achma plak sanggup turun KL dari Johor semata-mata untuk bersua...sangat dihargai....terima kasih.... Ecah dan Im plak memang kerja di sini, kebetulan hari Sabtu dorang tak sibuk dengan kerja. Aku pulak sekrang ni tengah sibuk dengan final exam, tp kebetulan minggu tu dah lepas empat paper dan ada satu paper lagi untuk 11 hari berikutnya, so, memang sesuai sangat untuk release tension dengan dorang semua..:)

Firstly, kami jumpa di KL Sentral dalam pukul 11 lebih, semua dah ada. Sangat teruja, satu demi satu wajah-wajah yang dirindui muncul... Milah, Subhan, Im, Ecah dan orang terakhir Achma... Yeeaaahh.. smpai pun semua.....:) Bersalaman...berpelukan.....tapi perempuan dengan perempuan, lelaki dengan lelaki la ok...ehe.. 


Call siapa yang tak sampai lagi


Waaahh......rindu la tu..


Entah apa dorang pelik dengan Achma tu....


Lokasi pertama, kami pergi ke Times Square. Di sana cuma cuci mata dan lunch. Masa lunch ni memang dah mula dah nakal kembali, maklum lah lama tak lunch bersama...hua hua hua.. sampai pelayan restoran tu pun nak kena buli....hoho maafkan kami...  Gosip-gosip, cerita pasal kawan-kawan lain, siapa dah kawin, siapa dah ada anak, cerita pasal diri masing-masing...huuhh jeles dan bangga dengan dorang semua....ehe... Tapi yang pastinya, kami semua masih single....ehehe... 

Subhan, Im, Ecah, Achma dan Milah


Lunch time


Haa..tengah gosip la tu....
Ecah yang baru......


Ni Subhan a.k.a Abg Sub, single lagi, hensem kan? Sila hubungi saya untuk berkenalan....

Sebenarnya, ada dua orang yang absent, tak cukup korum lagi ni... 1st, Sofwan, dia sibuk dan berada di luar kawasan, 2nd plak Midah, dia ni satu-satunya dalam genk kami yang telah pun berkahwin, tahniah, kami akan menyusul ikut jejak...lagipun dia tinggal di Sarawak...so tak dapat la jumpa.... It's ok, mungkin bukan rezeki untuk kami jumpa semua sekali.

Ni Sofwan, absent...
Ni Midah, absent


Ok, lokasi seterusnya, kami ke kawasan Masjid Jamek, sini pun just cuci mata kejap. Lepas tu, datang idea untuk ke Putrajaya plak....memandangkan Im bawak kereta, so secara automatik, dia jadi driver kami dan kebetulan keretanya adalah jenis automatik dan kebetulan juga dia tinggal di Putrajaya..ehe... Sepanjang perjalanan, memang hua hua hua tak habis-habis....masih tak berubah....:)

Sampai Putrajaya, solat dan jalan-jalan, ambil gambar.....biasa la...kami kan pelancong.......ehe....  Pukul 6 sampai lah pukul 9 lebih kami lepak di Putrajaya. Lepas tu, sorang-sorang dihantar ke lokasi masing-masing, kesian Im, penat jadi driver kami.....maafkan kami....terima kasih banyak-banyak...

Di perkarangan Masjid Putrajaya
Ecah versi 7 Petala Cinta, Ketika Cinta Bertasbih dan sebagainya....


Milah ni macam watak Star Wars je aku tgk...
Tapi walaupun gaya Star Wars, dia menjadi mangsa buli kami (aku xbuli)
Siapa yang ingin berkenalan, sila tinggalkan resume..



Waaahhh.....berjubah....


Ni bukti kami dah sampai di sini....


Entah apa yg boleh ditafsir....




Cantiknya Masjid Putrajaya.....eh korang tepi sikit....




Ni dia....ada pun pic diri ku ini......with abg sub....
 
Oooo...patut la pic aku ciput.......rupanya aku yang ambik pic dorang....hoho.....


So, pertemuan kami pun berakhir sampai di situ...........berpisahnya kami untuk sementara.... InsyaAllah, masa akan datang semoga kita dapat bersua kembali, kalau boleh ada yang dah kawin...ada anak pun takpa...... (Maklumlah, korang dah kerja, aku masih belajar....korang la dulu ya........)

Salam sayang dan rindu untuk sahabatku,
azman bausing

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More