Ultrasound? Sapa tau apa tu ultrasound? Ala yg utk ibu2 mengandung tu... Post kali ne nak share pengalaman dgn ultrasound tu.. Ultrasound umumnya bukan untuk scan janin je, tp boleh digunakan untuk bahagian2 lain yang mempunyai masalah kesihatan tertentu. Semalam merupakan hari appointment aku untuk buat ultrasound kat Jabatan Radiologi HUKM, memandangkn aku study kat ukm, so refer kat situ je la.. Aku xla mengandung, aku ne lelaki..lgpun scan bukannya kat perut utk tgk janin..ehe.. Awal pagi dah bsiap, takut besesak kat KTM. Masa tu, nervous jgak nak buat, 1st time..klu MRI xpa gak...satu badan boleh masuk...hoho.. Dktr tu doktor foreigner from iran klu xsilap..tpaksa tukar bahasa ibunda utk seketika.. Tanya tu tnya ne...mcm nak je ckp kat dia, "Dr, just look at the report please, dont ask me what i want to do..." (hahaha watak jahat), tp sbnrnya nak ckp "thanks for asking.." (watak sopan..hihi..).
Sebenarnya, waktu buat scanning ultrasound tu....memang menggelikan, geli macam nak gelak wpun tgh sakit...haha.. Apa taknya, firstly, dia letakkan gel kat transmitter a.k.a mcm scan bar code harga barang kat cashier tu. Pastu dia letakkan kat tempt sepatutnya tu and gerakkan transmitter tu berulang kali dan membentuk satu kawasan sbg display kat monitor. Ada dalam 3 kali kot xsilap dia letakkan gel tu dalam lbh kurang stgh jam jugak la baring kat katil baru sattle sampaikan rasa nak tertidur pun ada. Habis je, trus balik and tunggu utk temujanji berikutnya dgn dktr pakar. Sebenarnya, xbalik trus pun, tp keluar dgn genk2 sekelas sebab semalam free xda kelas.
Ok, alang2 cerita pasal ultrasound, di sini sertakan sekali sedikit info mengenai ultrasound secara umum dan ultrasound khusus untuk ibu2 mengandung.
Sekian...:)
Apakah yang dimaksudkan dengan imbasan ultrasound?
Imbasan ultrasound ialah sejenis alat diagnostik masa kini yang sangat berguna untuk memantau pergerakan bayi melalui imej dinamik yang digambarkan pada skrin monitor. Gelombang bunyi berfrekuensi sangat tinggi antara 3.5-7.0 megahertz (iaitu 3.5 ke 7.0 juta pusingan per saat) lazimnya digunakan. Gelombang ini dipancarkan dari transduser yang diletakkan di abdomen wanita dan digerakkan untuk melihat (menyuluh seperti lampu picit) kandungan rahim. Sinaran ultrasound yang berulang-ulang akan mengimbas bayi dan dipantulkan semula ke transduser yang sama. Maklumat yang diperolehi dari pelbagai pantulan ini akan dibentuk semula menjadi gambar di skrin monitor. Pergerakan seperti denyutan jantung bayi boleh dinilai dan pengukuran boleh dibuat ke tahap yang sangat tepat berdasarkan imej yang ditunjukkan di skrin. Pengukuran sebegini menjadi asas dalam menentukan usia kandungan, saiz dan tumbesaran bayi yang dikandung.
Perlukah saya menjalani imbasan ultrasound untuk kehamilan?
Imbasan ultrasound kini dianggap sebagai kaedah yang selamat, ‘non invasive’, tepat dan menguntungkan. Ia telah berkembang menjadi satu alat obstetrik yang sangat diperlukan dan berperanan penting dalam penjagaan setiap wanita hamil.
Bolehkan imbasan ini membantu mengenal pasti sebarang masalah berkaitan kehamilan dan bayi?
Ya, imbasan ultrasound dapat membantu mengenal pasti sebarang masalah berkaitan kehamilan dan juga bayi. Ia telah digunakan dengan meluas untuk:
- Mendiagnos dan menilai kehamilan peringkat awal.
- ‘Karung’ kehamilan boleh dilihat seawal 4½ minggu kehamilan dan karung yolka lebih kurang pada 5 minggu. Gema dan denyutan jantung janin biasanya dikesan dengan jelas pada 7 minggu kehamilan.
- Diagnosis awal untuk keguguran yang tidak dikesan, kehamilan ektopi dan kehamilan molar.
- Mengetahui usia kehamilan dan menilai saiz janin.
- Kepada pesakit yang tidak pasti mengenai tarikh haidnya yang terakhir, pengukuran ini perlu dibuat secepat mungkin semasa kehamilan untuk menentukan tarikh kelahiran yang betul. Apabila kandungan telah membesar, mengukur parameter badan akan membolehkan anda menilai saiz dan tumbesaran janin. Seterusnya ia amat membantu dalam mendiagnos dan menangani tumbesaran janin yang terbantut.
- Penentuan kedudukan uri.
- Mendiagnos kehamilan kembar.
- Pengesanan Oligohidramnios/Polihidramnios.
- Pengesanan awal kecacatan janin.
- Mengesahkan keguguran dan kematian janin dalam rahim.
- Mengesahkan keadaan janin.
- Menilai pergerakan janin, tonus dan pernafasan.
- Mendiagnos sebarang keabnormalan pelvis dan rahim semasa kehamilan seperti wujudnya Sista Ovari, Fibromiomata.
Bilakah masa yang paling sesuai untuk menjalani imbasan ultrasound?
Tiada ketetapan mengenai sekerap manakah anda perlu menjalani imbasan ultrasound semasa hamil. Imbasan diarahkan apabila terdapat sebarang keabnormalan yang disyaki dari segi klinikal. Jikalau tidak, imbasan biasanya dijalankan lebih kurang pada minggu ke tujuh kehamilan untuk mengesahkan kehamilan, kehamilan kembar, menyingkirkan kemungkinan kehamilan ektopi atau molar, mengesahkan denyutan jantung dan mengukur panjang kepalapunggung dari hujung ke hujung untuk menentukan tarikh kelahiran.
Imbasan kedua dilakukan pada 18-20 minggu untuk menentukan kecacatan kongenital dan menentusahkan tarikh kelahiran dan tumbesaran. Imbasan kali ketiga mungkin dilakukan sekitar 34 minggu untuk menilai saiz janin dan tumbesaran janin serta menentusahkan kedudukan plasenta.
Berapa kerapkah saya perlu menjalani imbasan ultrasound?
Bilangan imbasan yang dijalani berbeza-beza bergantung sama ada imbasan yang lalu telah mengesan sebarang keabnormalan yang memerlukan penilaian susulan. Sama ada kehamilan perlu diimbas secara rutin ketika usia kehamilan 18-20 minggu, masih merupakan satu kontroversi.
Adakah imbasan ultrasound selamat untuk bayi saya?
Imbasan ultrasound telah digunakan sejak 35 tahun yang lalu (bermula pada akhir 1950an) ke atas wanita hamil. Berbeza dengan X-ray, pengionan tidak berlaku dan kesan toksik terhadap embrio akibat radiasi adalah tidak relevan dalam hal ini. Penggunaan imbasan ultrasound berintensiti tinggi dikaitkan dengan kesan peronggaan dan pemanasan yang boleh terjadi akibat pengionan yang berpanjangan dalam eksperimen makmal. Bagaimanapun banyak kajian klinikal mengenai penggunaannya untuk diagnosis yang telah diterbitkan dalam jurnal perubatan tidak menunjukkan kesan merbahaya ke atas sel-sel haiwan ujikaji atau manusia. Penemuan dalam satu kajian yang melaporkan bayi yang terdedah kepada imbasan ultrasound mempunyai berat badan lahir yang rendah tidak menunjukkan kebolehberulangan. Namun persetujuan umum menyatakan imbasan ultrasound baik digunakan apabila perlu.
Sumber: Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia