Pages

Tuesday, February 7, 2012

Kasih Sayang Ibu Bapa Mencegah Penyakit Psikologi dan Biologi Anak

Ibu bapa penyayang, benteng perkasa kehidupan anak sehingga ke alam dewasa 

TEKANAN yang dialami pada zaman kanak-kanak boleh memberi kesan negatif apabila seseorang individu meningkat dewasa. Keadaan ini lebih-lebih lagi akan dialami mereka yang hidup dalam keadaan serba kekurangan, tapi jika mendapat kasih sayang dan perhatian ibu bapa ketika kecil, mereka akan membesar dalam keadaan fizikal yang lebih baik. 


Berdasarkan kajian dilakukan saintis, jika ibu bapa mendedahkan anak dengan kegiatan harian seperti membenarkan mereka bermain di padang permainan dan pada malam hari pula menemankan anak seketika sebelum mereka tidur serta membacakan mereka kisah yang bermanfaat, rutin berkenaan akan menjadikan anak lebih terhindar daripada sebarang penyakit yang serius. 


Bahkan, berdasarkan kajian dilakukan di Universiti Brandeis, Boston juga menunjukkan kanak-kanak yang mendapat penjagaan dan kasih sayang yang erat daripada ibu bapa mereka semasa kecil akan kurang mengalami risiko dihidapi kencing manis mahupun serangan jantung apabila mereka dewasa kelak. 


Atau dalam erti kata lain, kegembiraan adalah kunci kepada kesihatan yang memuaskan dalam kehidupan mereka, malah ibu bapa yang memupuk anak mereka dengan kasih sayang ketika kecil sebenarnya membantu si anak membangunkan diri dalam persekitaran positif, selain anak mampu menangani keadaan menjadikan kehidupan mereka lebih berjaya. 


Pasukan kaji selidik ini juga mengkaji 1,000 orang daripada latar belakang berpendapatan rendah menunjukkan tahap kesihatan anak mereka juga adalah lebih rendah selain jangka hayat yang lebih rendah berbanding anak yang membesar dengan kasih sayang ibu bapa yang mencukupi ketika kecil.


Bagaimanapun, kaji selidik itu juga menemukan mereka dengan beberapa orang daripada keluarga berpendapatan rendah dan kurang bernasib baik, namun berjaya dalam kehidupan kerana mereka mempunyai ibu bapa yang penyayang. Antara kaedah dilakukan penyelidik ini adalah memilih peserta yang rata-rata berusia 46 tahun dan menjalani pemeriksaan kesihatan di hospital. Mereka turut ditanya mengenai ibu mereka dengan soalan seperti berapa banyakkah si ibu memahami masalah dan kebimbangan dihadapi peserta kaji selidik dan berapa banyak masa serta perhatian diberikan ketika peserta memerlukannya. 


Sumber: Keratan artikel Ratu Berita Harian 07 Feb 2012


Tertarik dengan artikel hari ini, sebenarnya terlihat post page Berita Harian di Facebook. Artikel ini menunjukkan betapa pentingnya kasih sayang ibu bapa terhadap anak. Kajian tersebut memperlihatkan, kasih sayang dan kebahagian yang dimiliki kemudiannya dicurahkan kepada anak mampu memberikan manfaat kesihatan secara psikologikal dan biologikal. Jika kita lihat realiti pada hari ini, agak sukar untuk ibu bapa moden meluangkan masa yang lebih kepada anak mereka, tetapi mereka tidak boleh disalahkan sepenuhya, mungkin atas faktor kerjaya, mencari rezeki untuk kelangsungan hidup. 


Walaupun kesibukan yang dialami, bukanlah suatu alasan untuk ibubapa mengabaikan anak, luangkan masa diluar kesibukan anda untuk mereka. Berikan didikan di rumah, jangan cuma berharap pada didikan di sekolah kerana nilainya dan hasilnya adalah berbeza. Curahkan kasih sayang sebagai seorang ibu, sebagai seorang ayah. Pastinya hasil yang baik memerlukan usaha positif.. Bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Anak adalah amanah...:)

Doa ibu bapa untuk anak (amalkan):



"Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua: orang-orang Islam (yang berserah diri) kepadaMu, dan jadikanlah daripada keturunan kami: umat Islam (yang berserah diri) kepadamu, dan tunjukkanlah kepada kami syariat dan cara-cara ibadat kami, dan terimalah taubat kami; sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani"
-Surah Al-Baqarah, ayat 128.



0 comments:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More