Pages

Sunday, October 7, 2012

Sepetang bersama World Hunger Relief 2012

Alhamdulillah...kelmarin dapat luangkan masa n join walk charity World Hunger Relief 2012 anjuran KFC dan Pizza Hut Malaysia. Venue kat Istana Kehakiman Putrajaya. Banyak aktiviti yang penganjur buat sebelum acara kemuncak jalan amal dilepaskan. Tepat pukul 6 petang, peserta dilepaskan dan berjalan sejauh 5km. Memandangkan temanya adalah berjalan, so jalan ja la....dekat sejam jgak baru dapat habiskan laluan tu. Setiap peserta yang berdaftar akan diberikan t-shirt rasmi WHR, warna tema untuk tahun ne adalah warna purple...yeeeaaahhhh...like it!


Apa yang bestnya, kita dapat lihat semangat dan keprihatinan rakyat Malaysia untuk sama-sama membantu golongan yang memerlukan. Berapa ramai yang terpaksa berlapar disebabkan tidak mempunyai kemampuan?Berapa ramai pula yang mati disebabkan kelaparan? WHO pernah mengeluarkan statistik purata bagi setiap kematian akibat kelaparan adalah per 3.6 saat, terutamanya kanak-kanak. Teruja melihat rakyat Malaysia tidak kira umur, warna kulit atau agama sama-sama menyokong kempen ini. Lagi teruja melihat semangat golongan OKU yang sanggup turun menyokong kempen WHR 2012..tahniah untuk mereka..:) Tidak kurang jugak yang datang satu family dengan anak-anak, baby pun ada tau, siap baby kembar lagi...so cute...ehe... Dianggarkan lebih daripada 10,000 orang telah menyertai WHR kali ini, so, suasana perkarangan Istana Kehakiman dan sepanjang laluan 5km bertukar warna menjadi ungu.

Semoga hasil sumbangan yang diperolehi dapat memanfaatkan insan yang memerlukan di seluruh dunia. Kita berikan harapan dan senyuman untuk mereka.




Ini pengalaman pertama aku join WHR,sebabnya sebelum ne aku mana la tau ada event ne....ehe.. InsyaAllah kalau ada rezeki and ada kesempatan, i will support and join it! Really mean it. Seriously! Hopefully..:)



"Ya ALLAH, murahkan la rezeki untuk hambaMu yang dalam serba kekurangan, permudahkan segala usaha dan urusan mereka, ringankan bebanan mereka dan berikan mereka nikmat dan hikmah di sebalik ujianMu.....aminn..." 

0 comments:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More