بِبِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ
Pernahkah anda terfikir bagaimana untuk menghafal muka surat di dalam al-Quran? Maksud saya, juzu' demi juzu'.... Juzu' 1 di mana, juzu' 7 di mana dan seterusnya. Percaya atau tidak, ada hamba Allah yang telah menemukan formula untuk memudahkan kita mencari juzu' yang kita ingini berdasarkan halaman. Lihat rumus di bawah:
Contoh 1
Jika anda ingin mengetahui Juzu’ 5 di halaman ke berapa:
5-1 = 4, 4 perlu didarab dengan 2 jadi 4 x 2 = 8
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzu’ 5 adalah pada halaman 82
Sekarang lihat pada Quran dan anda akan lihat Juzu’ 5 bermula pada halaman 82. Menarikkan?
Contoh 2
Jika anda ingin mengetahui Juzu’ 10 di halaman ke berapa:
10-1 = 9, 9 perlu didarab dengan 2 jadi 9 x 2 = 18
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzu’ 10 adalah pada halaman 182
Contoh 3
Jika anda ingin mengetahui Juzu’ 23 di halaman ke berapa:
23-1 = 22, 22 perlu didarab dengan 2 jadi 22 x 2 = 44
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzu’ 23 adalah pada halaman 442
Dapat faham? Hopefully dapat faham la ya... Cuba pula pada juzu' lain dan gunakan rumus tersebut, buat latihan sendiri. Jangan lupa untuk share maklumat bermanfaat ni, ataupun ajarkan kepada saudara kita yang lain......:)
p/s: Pengiraan berdasarkan al-Quran standard.
0 comments:
Post a Comment