Pages

Blog akuhatiberani

Selamat datang dan terima kasih kerana melayari blog .::akuhatiberani::.

Salam tahun baru masihi 2012

Islam Inside'

Perkongsian ilmu dan info semasa mengenai Islam dan isu-isu berkaitan.

Dr.Cinta

Kenali cinta, cinta bukan sekadar ungkapan.

Info Kesihatan

Fakta kesihatan yang bermanfaat untuk diketahui.

Monday, November 26, 2012

Cerita Kedai Kopi (versi akuhatiberani)



Assalamualaikum and selamat pagi.....

Skrg dah pukul 2.36am.. Memandangkan aku xdpt tidur.....blog la menjadi mangsa ku....... Hari ne kawan ajak lepak...cadang tgk wayang SkyFall dkat Alamanda, tp smpai sana, last show pukul 6.30, kami dtg pukul 10.....wyg yg ada pun mcm xberminat...yg tengah hot skrg muvie Twilight....errrkkkk aku memang tak minat, even ramai yg nak sgt tgk benda alah tu...siap tgk 2-3 kali...  So, memandangkan xjadi tgk wayang, maka berganjak la ke Cyberjaya, lepak dkat Oldtown. Lama jgak lepak dlm sejam lebih jugak. Ne 1st time aku jejakkan kaki ke Cyberjaya dan 1st time minum dkat Oldtown...haha... Tgk menu, byk sgt jenis kopi dorg ne smpai aku xtau mau order apa...."ahhh...order teh tarik ja la..".. Kwn plak gelakkan aku, "Ko dtg jauh2 order teh tarik buat apa?". Ish minum la, xkan buat siram pokok bunga pulak kann... Tp sebenarnya tfikir jgak, alang2 smapai Oldtown, order la yg pelik sikit... Cookie Crumbs Freezy....haaa kan ntah apa2 nama dorg letak...tp sebenarnya sedap jgak... ^____^  Oh ya baru aku perasan, rupanya kopi ne yg bagi aku efek xblh tidur skrg.....adehhhh.....  Lepak skali skala best jgak, cerita itu ini...smpaikan cerita pasal tesis pun masuk sekali....adoiii lepak2 pun bincang pasal tesis, study, phd....tension beta...layan ja la.....

Aku hampir kena ganti buku library UKM, buku "Sexuality Now: Embracing Diversity". Buku ne dipinjam awal semester lepas untuk rujukan tesis.. Selalu bawak buku ne..byk info yg aku perlukan, tp dalam sebulan ne, aku xpeduli sgt, sebab sibuk dgn assgmnt, tesis plak tergendala seketika.. Semalam aku tnya Radzi buku tu ada dgn dia ke x...yala..dh dekat sebulan xrujuk..sebab dkat aku punya rak buku xda benda  alah tu, ingatkan ada dkat dia...ehehe... Dua2 mula neves. Kenapa dua2 plak neves?Apa kaitannya? Sebabnya buku tu dipinjam atas nama Radzi, dan org terakhir yg pegang buku tu plak..sapa lagi kalau bukan aku kannn... Dan yg paling bt tambah neves, harga buku tu dkat RM500....mak aiii..patut la aku cari dkat kedai xjumpa...haha... Cuba bayangkan dah sebulan baru perasan kehilangannya?? Mau cari seluk mana?? Aku xdpt recall memory utk setiap saat... Redha ja la......yg pastinya aku kena bertanggungjawab, xblh salahkan org lain...aku tawakal ja, hopefully dpt jumpa... Target utama dkat library coz aku selalu bawak buku tu ke library..hipotesis ku "Buku tinggal dkat library, so abg/kakak librarian akan susun semula dkat rak asal based on code.". So pagi tadi, aku ke library dgn harapan hipotesis dapat dibuktikan. Sampai ja tingkat 5, aku terus ke rak buku kod HQ..aku teliti setiap buku n kod buku.....dan.....seperti sesuatu melambai..... Bookmark yg aku jadikan penanda buku tu masih tersemat dkat buku yg aku cari...... Alhamdulillah...syukur sangat masa tu.....thank you Allah..:)

Lepas tu aku stay dkat library, niat memang mau buat kerja skit... Tp xsampai 10 minit pasang laptop, kawan kol, ajak g event utk anak Sarawak...tapi aku ne Sabahan...ehe.. Xpa, ne utk meramaikan majlis n lunch dkat Danau Golf Club.. Lepas solat Zohor, blah dr situ and sambung stay dkat library...sampai la library tutup pukul 5...walaupun xbanyak kerja yg dibuat, sekurang2nya ada la jgak yg dibuat..alhamdulillah....semoga dapat ilham lagi utk tesis  tersayang...

Mata xngantuk lagi ne...adehh.... Xpa, aku teruskan menaip and cerita..... Pagi nanti aku n Radzi kena pgi Seremban untuk uruskan penempatan praktikum sem depan. Dalam perancangan, 1st choice buat dekat PKMAINS.. Apa tu PKMAINS?Search dkat google ya...hihi.. My 2nd choice plak dkat penjara and 3rd dkat hospital...wahhh tamaknya...xpa, apply satu2, klu satu xdpt, apply lg satu, klu xdpt lg, next option plak.....kannn.... Semoga dipermudahkan urusan pagi nanti....

Ok la, penat aku membebel, dkat post ne, aku mau share something plak dekat post berikutnya.....hoho.... ^________^














Thursday, November 22, 2012

22 November

22 November 2012/8 Muharram 1434H/Khamis

Alhamdulillah,

Thank you Allah...
Hari ini engkau kurniakan ku umur ke 25 tahun,
Ya Allah, kurniakanlah aku umur yang diberkati,
Ilmu yang bermanfaat,
Rezeki yang halal,
Ampunilah segala dosaku, terimalah amal ibadat ku,
Ku tahu ajal semakin mendekat dengan ku,
Bila-bila masa malaikat-Mu akan datang menjemput ku..

Untuk mak dan bapa tersayang..tercinta.....
Terima kasih sebab sanggup memikul amanah untuk membesarkan ku hingga sekarang, 
ampun maaf ku pinta dari kejauhan ini.... 
Maaf sebab tiada apa yg boleh dibanggakan dengan diri ini,
belum ada yg dapat ku berikan untuk mu..
Seusia ku ini, sudah ada yang bekerja dan dapat menyenangkan orang tuanya,
Tp aku masih lagi menjadi tanggungan mu...maafkan aku...
Aku janji dan sentiasa berdoa supaya aku dapat membalas pengorbanan mu walaupun aku tak layak membayar setitis keringat yang engkau curahkan buatku..
Aku ingin menjadi penjaga mu....
Ya Allah, izinkan aku untuk membalas pengorbanan kedua orang tuaku 

dan izinkan aku untuk membahagiakan mereka..
Aku ingin melihat mereka tersenyum dengan kejayaan ku....
Ya Allah, jauhkanlah diri ini dari sifat derhaka....nauzubillah....

Aku menghargai setiap zarah pengorbanan dan kasih sayang orang tuaku......

Azam ku,
Semoga aku dapat menghabiskan pengajian ku dengan jayanya,
Semoga aku dapat memikul tanggungjawab yang ada pada diri ku...

Amin Ya Allah, Ya Rabbal Alamin...

aku berserah pada-Mu



Saturday, October 20, 2012

Tips Menghafal Muka Surat Al-Quran

بِبِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيمِ

Pernahkah anda terfikir bagaimana untuk menghafal muka surat di dalam al-Quran? Maksud saya, juzu' demi juzu'.... Juzu' 1 di mana, juzu' 7 di mana dan seterusnya. Percaya atau tidak, ada hamba Allah yang telah menemukan formula untuk memudahkan kita mencari juzu' yang kita ingini berdasarkan halaman. Lihat rumus di bawah:


Contoh 1
Jika anda ingin mengetahui Juzu’ 5 di halaman ke berapa:
5-1 = 4, 4 perlu didarab dengan 2 jadi 4 x 2 = 8
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzu’ 5 adalah pada halaman 82

Sekarang lihat pada Quran dan anda akan lihat Juzu’ 5 bermula pada halaman 82. Menarikkan?

Contoh 2
Jika anda ingin mengetahui Juzu’ 10 di halaman ke berapa:
10-1 = 9, 9 perlu didarab dengan 2 jadi 9 x 2 = 18
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzu’ 10 adalah pada halaman 182

Contoh 3

Jika anda ingin mengetahui Juzu’ 23 di halaman ke berapa:
23-1 = 22, 22 perlu didarab dengan 2 jadi 22 x 2 = 44
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzu’ 23 adalah pada halaman 442


Dapat faham?  Hopefully dapat faham la ya... Cuba pula pada juzu' lain dan gunakan rumus tersebut, buat latihan sendiri. Jangan lupa untuk share maklumat bermanfaat ni, ataupun ajarkan kepada saudara kita yang lain......:)


p/s: Pengiraan berdasarkan al-Quran standard.






Friday, October 12, 2012

Ketenangan Dalam Secawan Teh





Kajian saintifik telah mencadangkan pengambilan teh sebagai minuman harian dapat merendahkan risiko penyakit Alzheimer dan demensia. 

Menurut Dr Carol Greenwood, seorang saintis nutrisi dari Universiti Toronto, kandungan dalam teh membantu meningkatkan dan memperbaiki kesihatan otak kerana ia memberi kesan terhadap aktiviti sel dalam otak. 

Kajian oleh sekumpulan penyelidik dari Eve Top Center for Neurodegenerative Diseases telah menunjukkan pengambilan teh hijau yang mengandungi flavonoid menjadikan sel otak lebih sihat dan meningkatkan tahap kemampuan otak melawan stress. 

Flavonoid ialah sebatian yang yang tergolong dalam kumpulan metabolit sekunder dan kerap ditemui dalam tumbuhan. Ia merupakan bahan utama dalam teh dan berperanan sebagai bahan anti oksida. Teh yang mengandungi flavonoid dapat merawat kecederaan pada sel otak. 

Menurut Dr Greenwood lagi, flavonoid dalam teh hijau adalah sama dengan dalam teh lain kecuali dalam teh herba. Teh herba terdiri dari campuran pelbagai tanaman herba.


So, kalau ada sesiapa yang ingin cuba hilangkan tension...stress..otak rasa letih....boleh la cuba minum teh.. InsyaAllah ada manfaatnya. Kalau secara peribadi, aku memang suka teh,minuman yang agak ringan berbanding kopi, susu, koko..dan rasa lebih rilek... Walaupun aku ne hantu kopi...:p Tapi, kalau minum teh tu, kalau boleh kurangkan la gula, xyah letak pun lagi ok.. Kalau letak gula lebih-lebih, kang penyakit lain pulak yang datang..tambah la stress...Ok, selamat mencuba...:)

 

Perjalanan Menggapai KB dan Tanggungjawab....

Alhamdulillah, aku dapat peluang menghadiri temuduga untuk mendapatkan lesen Kaunselor Berdaftar (KB). So, aku kena datang ke Unit Urus Setia Lembaga Kaunselor, Presint 4, Putrajaya. Sebenarnya bukan aku sorang ja, course mate aku dkat UKM ne pun ada jugak, Tengku Ida dan Fifah. Memandangkan kami dah penuhi semua syarat Lembaga Kaunselor, so kami pun plan ambik lesen KB ne sekali. Tq to kak Syifa' yang sudi pinjamkan kereta untuk kami pegi interview...Radzi plak jadi driver.. Waaahh..bertuah sungguh dapat course mate yang baik-baik belaka...ehe...

Hari ne 11/10/2012, awal pagi dah bangun dgn semangat waja....hohoho.... Dah bsiap, solat dan sewaktu dengannya...hadap laptop, tgk nota-nota kaunseling, teori-teori, kajian kes segala bagai.......maklum la, preparetion terakhir la katakan....lalalala....

Dalam  pukul 8 kami dah sampai sana...naik tingkat 19 bangunan KPWPK, pemandangan dekat situ memang cantik..kalau la dapat kerja dkat situ...memang syok la...tenang ja walaupun banyak kerja..haha.. Masa tu, baru sorang yang sampai.... Mohd.Fadzli, team UNIC..sekali imbas memang xkenal..dua kali, tiga kali....sama ja....hoho... Dia datang bukan untuk buat show atau ceramah atau program konsultan...dia ne pun salah sorang calon yang datang untuk dapatkan KB, sempat jugak la aku dan Radzi borak-borak dengan dia...rasa kagum pun ada dgn apa yg dia buat sekarang..teringin pulak untuk bukak konsultan sendiri....chewaah...tinggi impian..

Panel penemuduga dah ready, calon-calon plak nervous.. Aku orang keempat untuk interview...hoho seram3..... "Ting...ting...ting..." Bunyi loceng, means aku kena masuk dalam bilik tu....waaaaahhhhhhhhh...... Tanya tu tanya ne tanya tu tanye ne tanya lagi dan tanya.........(beberapa lama kemudian...) "Dah dapat status Kaunselor Berdaftar nanti, sila jaga profesion kaunseling ye..", pesanan terakhir ahli panel, ringkas dan penuh makna... Aku pun keluar bilik...alhamdulillah sattle....:) Sebelum balik tu plak, kami sempat lawat pejabat Tengku Amirul, salah sorang pegawai di sana..


Radzi, ???, Tg.Amirul


Haaa...masuk3.....


Lawatan ke pejabat Tg.Amirul


Waaahhh...kalau dapat meja pejabat macam ne kan best..dah la
besar...pemandangan pun indah

Ok, sekian...:)




Sunday, October 7, 2012

Sepetang bersama World Hunger Relief 2012

Alhamdulillah...kelmarin dapat luangkan masa n join walk charity World Hunger Relief 2012 anjuran KFC dan Pizza Hut Malaysia. Venue kat Istana Kehakiman Putrajaya. Banyak aktiviti yang penganjur buat sebelum acara kemuncak jalan amal dilepaskan. Tepat pukul 6 petang, peserta dilepaskan dan berjalan sejauh 5km. Memandangkan temanya adalah berjalan, so jalan ja la....dekat sejam jgak baru dapat habiskan laluan tu. Setiap peserta yang berdaftar akan diberikan t-shirt rasmi WHR, warna tema untuk tahun ne adalah warna purple...yeeeaaahhhh...like it!


Apa yang bestnya, kita dapat lihat semangat dan keprihatinan rakyat Malaysia untuk sama-sama membantu golongan yang memerlukan. Berapa ramai yang terpaksa berlapar disebabkan tidak mempunyai kemampuan?Berapa ramai pula yang mati disebabkan kelaparan? WHO pernah mengeluarkan statistik purata bagi setiap kematian akibat kelaparan adalah per 3.6 saat, terutamanya kanak-kanak. Teruja melihat rakyat Malaysia tidak kira umur, warna kulit atau agama sama-sama menyokong kempen ini. Lagi teruja melihat semangat golongan OKU yang sanggup turun menyokong kempen WHR 2012..tahniah untuk mereka..:) Tidak kurang jugak yang datang satu family dengan anak-anak, baby pun ada tau, siap baby kembar lagi...so cute...ehe... Dianggarkan lebih daripada 10,000 orang telah menyertai WHR kali ini, so, suasana perkarangan Istana Kehakiman dan sepanjang laluan 5km bertukar warna menjadi ungu.

Semoga hasil sumbangan yang diperolehi dapat memanfaatkan insan yang memerlukan di seluruh dunia. Kita berikan harapan dan senyuman untuk mereka.




Ini pengalaman pertama aku join WHR,sebabnya sebelum ne aku mana la tau ada event ne....ehe.. InsyaAllah kalau ada rezeki and ada kesempatan, i will support and join it! Really mean it. Seriously! Hopefully..:)



"Ya ALLAH, murahkan la rezeki untuk hambaMu yang dalam serba kekurangan, permudahkan segala usaha dan urusan mereka, ringankan bebanan mereka dan berikan mereka nikmat dan hikmah di sebalik ujianMu.....aminn..." 

Tuesday, September 25, 2012

Lari....lari...lari.........UKM Victory Run 2012

Dear diary,

Baru-baru ne ada event UKM Victory Run 2012, aku salah sorang la yang join...ehe... Ada 4 kategori iaitu 8km lelaki dan perempuan, dan 10km lelaki dan perempuan. Aku reg for 8km, tu pun mau pitam dibuatnya untuk habiskan larian...adeh..

Masa tu seram jugak tgk peserta lain, tgk gaya pun macam atlet, aku ne stakat atlet acara tidur paling lama tu boleh la.....hohoho.... Tapi it's ok, just try..yang penting dapat habiskan... Laluan yang dibagi tu memang mencabar (bagi aku), lagi-lagi masa naik bukit Za'ba tu, motor pun boleh semput lalu jalan tu, ne kan pulak aku... 


Haaa...yg ne best, kebetulan aku dapat number larian same as my fav num....lalalala....

Masa lari tu ada jugak scene kejar mengejar...sorang potong, aku potong, potong lagi, lagi potong,potong-potong lagi, lagi-lagi potong....ahh lantak la...penat aku mau kejar korang...haha.. Tapi, at the end...alhamdulillah, berjaya jugak tamatkan larian...siap bagi twister, roti gardenia..and kad nmbr.. Kad nmbr tu tercatatlah aku tmpat ke brpa.....yeaaahhh.... Pastu dapat la medal even xmampu dapatkan hamper and cash...dlm mimpi ja la....dan btambah la koleksi medal untuk kaki tidur mcm aku ne.....sekian.....:)



Saturday, August 18, 2012

Motivasi..si Quote Magnet


 Tora datang lagi...Quote Bermagnet! dapatkan di kedai runcit berdekatan......!

Haaaa tengok tu... Banyak beno... Setiap keping ada quote motivasi...memandangkan aku nekurang motivasi, so sesuai la lekat benda alah ne, yg bestnya, ada magnet..dan kebetulan almari dkat bilik ne materialnya besi....lagi la sesuai....kalau x, xtau la di mana aku mau lekat..terpaksa la gantung di syiling.

Sebenarnya ne merupakan pemberian orang (ya la...xkan zirafah atau transformer atau shrek atau penguin madagascar plak yg bagi kann...).. Hadiah ne sempena aku dapat sambung belajar, tapi hampir setahun selepas tu baru dapat...kira baru jugak la kann.. Oleh itu terima kasih...really appreciate it.

Antara banyak-banyak quote tu, yg ne antara my fav quote...



"The road to success is always under construction"
 

"There is no lift to success. You have to take the stairs-one at a time"
  Ok, sekian......terima kasih...:)


Monday, June 18, 2012

Bunga Azan

Bunga Azan 



Bunga Azan, siapa pernah dengar? Ok, post kali ini saya kongsikan untuk hebahan umum supaya lebih ramai yang tahu tentang kwewujudan bunga ini. Video turut disertakan untuk melihat sendiri bagaimana bunga ini mekar ketika azan dilaungkan. Sungguh hebat ciptaan Allah...:)

Mengikut sumber, stesen telivesyen CNN pernah menayangkan dokumentari dan temubual mengenai kewujudan Bunga azan ini. Sesuai dengan nama yang diberikan, Bunga Azan ini akan mekar apabila azan dilaungkan.

Penemuan ini berlaku di Azerbaijan, seorang lelaki yang mempunyai pelbagai jenis koleksi bunga memiliki sejenis spesis bunga yang unik daripada spesis lain. Berita ini kemudiannya mendapat perhatian daripada pelbagai pihak.
 

Aku Hanya Seorang Hamba

Wujudnya aku sebagaimana wujudnya seorang hamba, 
Perjalanan ku sebagaimana perjalanan seorang hamba,
Ibadah ku sebagaimana ibadah seorangg hamba,
Khilaf ku kerana khilafnya seorang hamba yang tidak sempurna,...
Milikku adalah milikNya.. 
Aku hanya seorangg hamba yang tiada apa-apa melainkan apa yang tertulis untukku.....


Sunday, June 17, 2012

Reunion Terkejut dan Istimewa

Reunion Terkejut dan Istimewa

Siput kenangan...

Alhamdulillah......semalam 16/06/2012.... Aku berpeluang untuk jumpa dengan sahabat seperjuangan masa di UMS dulu. Subhan, Ecah, Im, Milah dan Asmah, dorang ni la genk yang rapat masa buat degree dulu, macam-macam benda nak buat sama-sama...istilah kaunseling kata, kejelekitan tu kuat...ehe... Hampir dua tahun tak jumpa, selepas daripada konvokesyen, memang bermula hari tu juga la aku terpisah dengan dorang semua ni. Huuuhhh.....rindu dgn perangai zaman muda-muda dulu..... Eh dah tua ke?? Masih muda laaa.....semua masih maintain....:)

Sebenarnya memang susah untuk jumpa, maklum lah, semua ada haluan masing-masing. Tapi syukur sangat, semalam kami ditakdirkan untuk ada masa yang terluang buat reunion terkejut ni. Subhan dan Milah kebetulan datang ke KL untuk beberapa hari, sebab ada mesyuarat katanya..dorang ni kan kaunselor PLKN...waaahhh... Achma plak sanggup turun KL dari Johor semata-mata untuk bersua...sangat dihargai....terima kasih.... Ecah dan Im plak memang kerja di sini, kebetulan hari Sabtu dorang tak sibuk dengan kerja. Aku pulak sekrang ni tengah sibuk dengan final exam, tp kebetulan minggu tu dah lepas empat paper dan ada satu paper lagi untuk 11 hari berikutnya, so, memang sesuai sangat untuk release tension dengan dorang semua..:)

Firstly, kami jumpa di KL Sentral dalam pukul 11 lebih, semua dah ada. Sangat teruja, satu demi satu wajah-wajah yang dirindui muncul... Milah, Subhan, Im, Ecah dan orang terakhir Achma... Yeeaaahh.. smpai pun semua.....:) Bersalaman...berpelukan.....tapi perempuan dengan perempuan, lelaki dengan lelaki la ok...ehe.. 


Call siapa yang tak sampai lagi


Waaahh......rindu la tu..


Entah apa dorang pelik dengan Achma tu....


Lokasi pertama, kami pergi ke Times Square. Di sana cuma cuci mata dan lunch. Masa lunch ni memang dah mula dah nakal kembali, maklum lah lama tak lunch bersama...hua hua hua.. sampai pelayan restoran tu pun nak kena buli....hoho maafkan kami...  Gosip-gosip, cerita pasal kawan-kawan lain, siapa dah kawin, siapa dah ada anak, cerita pasal diri masing-masing...huuhh jeles dan bangga dengan dorang semua....ehe... Tapi yang pastinya, kami semua masih single....ehehe... 

Subhan, Im, Ecah, Achma dan Milah


Lunch time


Haa..tengah gosip la tu....
Ecah yang baru......


Ni Subhan a.k.a Abg Sub, single lagi, hensem kan? Sila hubungi saya untuk berkenalan....

Sebenarnya, ada dua orang yang absent, tak cukup korum lagi ni... 1st, Sofwan, dia sibuk dan berada di luar kawasan, 2nd plak Midah, dia ni satu-satunya dalam genk kami yang telah pun berkahwin, tahniah, kami akan menyusul ikut jejak...lagipun dia tinggal di Sarawak...so tak dapat la jumpa.... It's ok, mungkin bukan rezeki untuk kami jumpa semua sekali.

Ni Sofwan, absent...
Ni Midah, absent


Ok, lokasi seterusnya, kami ke kawasan Masjid Jamek, sini pun just cuci mata kejap. Lepas tu, datang idea untuk ke Putrajaya plak....memandangkan Im bawak kereta, so secara automatik, dia jadi driver kami dan kebetulan keretanya adalah jenis automatik dan kebetulan juga dia tinggal di Putrajaya..ehe... Sepanjang perjalanan, memang hua hua hua tak habis-habis....masih tak berubah....:)

Sampai Putrajaya, solat dan jalan-jalan, ambil gambar.....biasa la...kami kan pelancong.......ehe....  Pukul 6 sampai lah pukul 9 lebih kami lepak di Putrajaya. Lepas tu, sorang-sorang dihantar ke lokasi masing-masing, kesian Im, penat jadi driver kami.....maafkan kami....terima kasih banyak-banyak...

Di perkarangan Masjid Putrajaya
Ecah versi 7 Petala Cinta, Ketika Cinta Bertasbih dan sebagainya....


Milah ni macam watak Star Wars je aku tgk...
Tapi walaupun gaya Star Wars, dia menjadi mangsa buli kami (aku xbuli)
Siapa yang ingin berkenalan, sila tinggalkan resume..



Waaahhh.....berjubah....


Ni bukti kami dah sampai di sini....


Entah apa yg boleh ditafsir....




Cantiknya Masjid Putrajaya.....eh korang tepi sikit....




Ni dia....ada pun pic diri ku ini......with abg sub....
 
Oooo...patut la pic aku ciput.......rupanya aku yang ambik pic dorang....hoho.....


So, pertemuan kami pun berakhir sampai di situ...........berpisahnya kami untuk sementara.... InsyaAllah, masa akan datang semoga kita dapat bersua kembali, kalau boleh ada yang dah kawin...ada anak pun takpa...... (Maklumlah, korang dah kerja, aku masih belajar....korang la dulu ya........)

Salam sayang dan rindu untuk sahabatku,
azman bausing

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More