Pages

Blog akuhatiberani

Selamat datang dan terima kasih kerana melayari blog .::akuhatiberani::.

Salam tahun baru masihi 2012

Islam Inside'

Perkongsian ilmu dan info semasa mengenai Islam dan isu-isu berkaitan.

Dr.Cinta

Kenali cinta, cinta bukan sekadar ungkapan.

Info Kesihatan

Fakta kesihatan yang bermanfaat untuk diketahui.

Monday, September 30, 2013

Memanaskan Enjin Kenderaan: Fakta dan Auta

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Alhamdulillah, untuk kali ni, sy ingin kongsikan maklumat tentang tips penjagaan kenderaan, iaitu tabiat memanaskan enjin kenderaan atau bahasa kampungnya "idling". Ok, walaupun benda ni dah lama, namun masih ramai lagi yang kurang sedar dengan tabiat ni. Perasan x? kenapa kt selalu tgk orang panaskan enjin terlebih dahulu sebelum memulakan perjalanan? Cer tanya kenapa nak panaskan enjin? Jawapan tu semestinya "untuk menjaga enjin kenderaan" (ehh..ingat aku saja suka2 nak tunggu enjin panas??)... So??Benda ni yang kita nak tgk semula, adakah ianya fakta atau auta??? 

Di Malaysia, aktiviti atau tabiat memanaskan enjin kenderaan ni dah jadi rutin n kebiasaan untuk kita.... Malah klu kita lihat orang yang buat tabiat tu, kita akan terfikir "wah bagusnya...."/"wah rajinnya..."... Tak kiralah sama ada yang dipanaskan tu motosikal, kereta, van, bas, lori, basikal (klu ada enjin), kereta kuda (ferrari), jet, jetski, bot.....dan apa2 je la yg suka panas memanas ni...hihi....

Tempoh pemanasan enjin pulak berbeza ikut individu, ye la..mungkin setiap orang mempunyai pendapat yang berbeza.....katanya kalau panaskan enjin, makin lama, makin baik untuk enjin dan pemanduan lancar.. Ada yang kata, 5 ke 10 minit masa paling ideal untuk panaskan enjin. Ada yang bangun pagi, terus hidupkan enjin kenderaan, and pegi mandi, bersiap, breakfast segala bagai.......makan setengah jam jugak tu...... Ada jugak yang gunakan kaedah 'cepat panas' dengan cara hidupkan enjin n free gear, lepas tu tekan pedal minyak banyak2...tekan tu kalau boleh smpai rasa gegaran....vrooomm vrooom vrooom vrooooommmmmmmmmm............ Yg ni memang cepat panas, jiran sebelah rumah pun boleh panas kalau dengar...hohoho.... 

So, mana satu sebenarnya yang betul? Part mana yang fakta? Part mana yang auta? Ok, meh kita lihat dekat bawah....baca dan nilaikan sendiri... 


MEMANASKAN ENJIN KENDERAAN: FAKTA DAN AUTA

Di negara-negara yang mementingkan penjagaan alam sekitar untuk kehidupan dunia yang lebih baik di masa mendatang, pemanasan enjin adalah tidak digalakkan dan sesetengahnya ditegah. Negara Kanada telah memulakan kempen nasional mereka untuk mengurangkan pemanasan enjin yang tidak diperlukan. Kempen yang sama turut dilakukan di Jepun , United Kingdom dan di Amerika Syarikat. Ada di antaranya sudah menetapkan satu undang-undang bahawa enjin kenderaan tidak boleh dibiarkan hidup dalam keadaan idling melebihi 5 minit atau 3 minit bagi kenderaan ringan. Kenapa perkara ini ditegah?



 


The Canadian Office of Energy Efficiency telah bersetuju bahawa cara yang terbaik untuk memanaskan enjin adalah dengan memandunya. Walaupun suhu persekitaran berada di takat -20 darjah selsius, mereka menyarankan enjin kenderaan hanya perlu dipanaskan pada sekitar 15-30 saat sebelum meluncur ke jalanraya. Bayangkanlah berapa agaknya suhu di Malaysia?

Salah seorang jurutera penghantaran kuasa di Ford, Amerika Syarikat iaitu Les Ryder berkata, “Engines run best at their design temperature”. Berdasarkan kenyataan Encik Les Ryder itu, operasi enjin yang cekap, bersih dan efisien hanya berlaku pada suhu enjin di tahap 85-90 darjah selsius. Oleh itu membiarkan enjin anda di dalam keadaan idling adalah bukan cara yang terbaik atau terpantas untuk memanaskan enjin. Lebih baik jika memandunya atau dengan kata lain stylel Amerika, lagi ‘gentle’ kalau pandu terus. Jadi berikut antara bahaya atau keburukkan dalam amalan yang tidak betul ini.



1. Dinding Silinder Cepat Haus

Tabiat memanaskan enjin atau membiarkan enjin berada di dalam keadaan pepura (idling) dikatakan adalah satu perkara yang tidak baik dan berfaedah. Pertamanya ia menyebabkan pembakaran bahanapi tidak dapat dilakukan dengan sempurna. Pembakaran tidak lengkap membawa kesan buruk kepada dinding silinder. Sisa bahan api yang tidak terbakar akan turun ke dinding silinder lalu membersihkan minyak pelincir yang berada di dinding silinder. Maka apa yang terjadi adalah dinding silinder akan mengalami kehausan akibat tiada pelinciran di bahagian sepatutnya. Bahan api yang tidak terbakar juga boleh jadi akan turun perlahan-lahan ke bahagian takung minyak pelincir. Apabila ia bergaul, sifat minyak pelicir akan berubah dan hilang kecekapannya.

2. Palam Pencucuh Menjadi Kotor
 
Di samping itu, tabiat ini juga boleh mendatangkan masalah kepada palam pencucuh. Ia akan menganggu suhu kerja palam pencucuh. Palam pencucuh yang tidak berada di suhu sepatutnya akan menjadi kotor. Oleh yang demikian ia akan mendatangkan kesan kepada peningkatan bahan api sebanyak 5%.
 
3. Paip Ekzos Cepat Berkarat

Pada waktu pagi, sesetengah kenderaan biasanya akan mengeluarkan wap dari ekzos. Wap itu bukanlah wap minyak daripada enjin yang mengalami kehausan. Ia adalah wap air normal yang terhasil daripada enjin yang sejuk. Jadi apabila terlalu lama enjin dibiarkan dalam keadaan pepura (idling), bertambah lama untuk enjin mengambil masa untuk panas. Ini menyebabkan wap air akan sentiasa berada di dalam sistem ekzos yang mana akan menjadikan paip ekzos cepat berkarat.

4. Fungsi Enjin Gagal Berfungsi Dengan Baik

Kenderaan pada masa kini biasanya akan terdapat sebuah komponen yang dinamakan Catalytic Converter pada sistem ekzosnya. Kereta-kereta Malaysia pun dah mula guna pakai. Komponen ini disediakan bertujuan untuk mengurangkan tahap toksik yang terdapat pada sisa atau hasil pembakaran sebuah enjin pembakaran dalaman. Antara kerja yang dilakukan komponen ini termasuklah menukarkan karbon monoksida kepada karbon dioksida, mengurangkan nitrogen oksida kepada nitrogen dan air, mengoksidakan hidrokarbon yang tidak terbakar kepada karbon dioksida dan air dan sebagainya. Jadi faedah yang boleh diperolehi daripada komponen ini ialah pencemaran udara dapat diminimakan.

Walaubagaimana pun, masalah yang timbul jika enjin berada di dalam keadaan pepura (idling), komponen ini tidak berfungsi. Maka enjin dengan sesuka hati dapat mencemarkan udara. Komponen ini akan berfungsi hanya pada tahap suhu 400 – 800 darjah selsius yang dimana adalah pada satu kadar suhu yang sangat panas berbanding enjin. Semasa suhu itu ia akan bertindak menukar bahan tercemar dari sisa pembakaran enjin kepada bahan yang kurang berbahaya kepada alam sekitar. Bagi memastikan komponen ini cepat dan dapat berada di suhu yang mana ia boleh beroperasi, anda perlulah memandu. Bukan meninggalkan kereta hidup terbiar. Semakin lama enjin dibiarkan dalam keadaan idling maka semakin lama juga Catalytic Converter ini tidur dan tak bekerja. Anda rasa apa agaknya yang terjadi kepada alam sekitar?

5. Membazir dan Mencemarkan

Sekarang kita sudah mengetahui serba sedikit tentang keburukan memanaskan enjin. Ada tiga kesan yang penting di situ iaitu membazir bahan api, mencemarkan alam sekitar dan memunah wang ringgit. Mari kita lihat apa pula kebaikkan memanaskan enjin. Khabar-khabar angin mengatakan memanaskan enjin juga ada faedahnya. Salah satu perkara yang disebut adalah semasa enjin ditinggalkan di dalam satu tempoh yang agak lama, iaitu mungkin sehingga satu malam, bahan pelinciran akan turun meninggalkan komponen yang bergerak di dalam enjin ke bahagian bawah enjin.

Jadi apabila kita mula menghidupkan enjin, kita perlu mengambil sedikit masa untuk memanaskannya supaya dapat memberi peluang bahan pelinciran itu naik dan beredar di setiap inci dan penjuru komponen dalaman enjin. Ya perkara ini benar. Tetapi apa yang anda perlu tahu bahawa setiap enjin telah dilengkapkan dengan satu komponen yang dipanggil pam minyak pelincir. Pam minyak pelincir ini dijana oleh pusingan crankshaft. Makin laju crankshaft berpusing maka makin cepat pam bahan api berpusing seterusnya mengagihkan minyak pelincir ke bahagian dalaman enjin. Untuk memastikan crankshaft ini berpusing laju apa yang anda perlu buat? Adakah dengan hanya membiarkan enjin dalam keadaan idling?

Kesimpulannya di sini tabiat memanaskan enjin kaw2 before bergerak untuk kebaikan enjin dan kelancaran pemanduan adalah satu mitos yang tidak diketahui hujung pangkalnya. Perkara ikut-ikutan seperti ini bukanlah satu perkara yang asing bagi kita rakyat Malaysia. Kalau boleh, hidup enjin dan terus pandu. Jangan tunggu-tunggu. Ini tidak, siap boleh masuk rumah pekena roti dua tiga keping, layan teh dulu sambil sembang-sembang dengan isteri tapi enjin kereta terbiar hidup.

Satu tips lagi yang boleh membantu mengurangkan pencemaran alam sekitar dan pembaziran bahan api adalah dengan mematikan enjin jika kenderaan anda tidak bergerak. Kalau nak tunggu orang ke, bergayut kat telefon ke....cer matikan enjin, buka tingkap.....jimat....:)

Tabiat ni boleh menyebabkan masalah pencemaran udara dan alam sekitar serta pembaziran wang ringgit. Sedarkah anda di dalam tempoh setahun, sikap mengurangkan enjin dibiarkan hidup dalam keadaan idling ini mampu menjimatkan beratus ribu juta ringgit dan mampu menghentikan perlepasan jutaan tan gas rumah hijau ke atmosfera yang membawa pemanasan global.. "Ha?Pemanasan global??Xhabis2.. Ala benda lapok.!" Mungkin kita kurang sedar tentang benda ni kalau nak kaitkan dengan alam sekitar, tapi secara faktanya, sedikit demi sedikit kita akan terjejas dengan kesan pemanasan global tu.

Say No To IDLING/ "PANASKAN ENJIN"
 




Jika berguna, kita pesan/sampaikan dekat family, suami, isteri, sedara mara, kawan2.......

Wallahu a'lam....^____^


Friday, August 2, 2013

Aku Ingin Terbang (Part 2)

31hb Julai: Sekarang pukul 1.30.. Sekarang aku berada di KLIA, menanti waktu penerbangan pukul 7 pagi...so, banyak jam jugak la kena tunggu lagi. Actually ni 1st time aku nak fly guna MAS sepanjang aku study dekat UKM, biasanya just guna Air Asia....ya la.... "Everyone Can Fly" katanya..... Dan ada jugak orang kata, if naik Air Asia, "Everyone Can Delay" also....hihi..jgn marah ya org2 Air Asia (its reality)..

Tiket tiket tiket tiket.....beli dgn ulat tiket....ehehe...

Ok, so now i need to stay up n wait for my boarding time....... Pengalaman bermalam di airport ni dah biasa.....banyak kali dah... tp even banyak kali pun, memang boring gila tahap transformer.... Macam biasa, aku akan round dalam bangunan, tengok apa yg ada... Overall, klu nak compare, LCCT lebih meriah dari KLIA...tp klu nak compare keselesaan n kemudahan, i think KLIA is better la kot.. Owh...memang penat sungguh round dengan troli ni...samapai xtau dah berapa kali aku tawad...tempat sama jugak yg ditengok. So, lepak sat dekat Secret Recipe, selesa skit..ada jgak la beli kek sepotong...just beli n letak atas meja....malas nak makan, asalkan boleh duduk dekat situ...capek den nak jalan.... 

Sekarang dah pukul 4 lebih...kadang2 terlelap jgak la masa lepak tu... Rasa macam xsenang duduk, nak jalan2 jgak...lagipun sekarang dah boleh sahur kot... Kek td, bungkus, cari KFC plak....ehe... KFC dah tau tmpat kat mana, tadi kan dah tawaf, so direct ke sana. Masa ni orang rasa mcm makin ramai, smua nak bersahur...Aku pun order set breakfast.. Adeh, rasa makanan mcm banyak je ni..kek tadi xmakan lagi...so kena habiskan semua jgak untuk sahur ni.."untung la sahur macam2..."  -__-

Ok, dah selesai sahur.... Masa utk ke kaunter check in bagasi...ramai gila org beratur (err bukan org gila ya..)... Actually, sepanjang aku study dekat UKM, aku xpernah bawak balik bagasi, ni 1st time aku bawak bagasi, byk barang yg aku nak terbangkan ke hometown...ya la, 2 tahun bertapa...


my bagasi

Selesai urusan kaunter, aku gerak terus cari surau, nak solat subuh. Ok, settle semua...masa utk ke gate penerbangan.......dengan hati yg tenang and excited sgt........balik cuti raya......:)

 Tuu diaaaa........flight yg bakal dinaiki....

akhirnya ku terbang............^____^

Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah....bye3 KL, Tawau i'm here.......!

Lapangan Terbang Tawau Bumi Peladang

p/s: Sampai airport Tawau, di sambut oleh wajah yg dirindui, my mum n dad..and anak buah yg comey2 ni Hamizan, Aniq, Hana, Aflah..



Thursday, August 1, 2013

Aku Ingin Terbang (Part 1)


 30 Julai - Pagi2 macam biasa besiap utk kerja...semangat3.!!! Maklum la esoknya pagi dah nek flight balik hometown nun jauh di sana.... tapi pagi tu memang kalut sebab planning nak hantar tesis, dalam hati penuh harapan "kalau penyelia approve je Bab 5 ne, aku terus hantar jilid  ke kedai dan kalau boleh siap hari tu jugak dan hantar dekat penyelia hari tu jugak....dan dan dan...." Wah memang dan2 la jawabnya....hihi... Maklum la, nak balik bercuti dengan tenang.. 

So, dengan fikiran semangat dan serabut ne, aku bawak printer Fuji Xerox dgn kertas skali nek motor. Naza, kawan sekerja nek skali, mintak dia tolong pegangkan barang2..haha.. Bayangkan dgn beg, printer, kertas, bahan2 tesis smua... Untung la org yg ada kereta....:p Ok, start motor, keluar rumah....lalu gate keluar...bonggol dan bonggol dan bonggol dan sampai la ke bonggol terakhir utk keluar dari taman.....tiba2, kedebukkk.... "Eh apsal ne, mcm berat je motor..." Tup3, turun motor, laaaaa....tayar pancit, tapi xda plak paku ke benda tajam ke.... Hairan beta.. tubeless xdok nak pancit saja2... Kesian plak kat kawan... "Naza, kol Razi, mintak dia ambik, aku gi hantar motor kat bengkel bawah.." Syukur, bengkel dekat jgak la dalam 400 meter mcm tu...so, berjalan seiringan la aku dengan motor kesayangan myCici di pagi ramadhan yang indah......lalalala..... 

Dah settle motor (dapat servis free, tq bro..), terus ke ofis, tp masuk lewat la  jawabnya... Print bahagian2 tesis yg dah  complete, lepas tu prepare utk jumpa dengan penyelia, hari tu dia busy, so kena datang petang dalam pukul 5.. Ha??Pukul 5???bkecai harapan nak hantar tesis hari ne.... -_-". Xpa la, mlm ne hntar kedai, esok Razi boleh tlg hantarkan.. Jumpa Dr, dgn penuh harapan supaya bahagian akhir tu dapat diluluskan.... Tapi tapi tapi.... "Azman, perbincangan tak boleh buat macam ne...." Salah satu ayat yg memberi ku makna.....berkecai lagi harapan...... Hurmmm, nampaknya ke Sabah jugak la jawabnya tesis ne ku hadap n siapkan... Petang tu jugak Dr, spend time hampir sejam untuk explain n ajar untuk perbetulkan kelemahan ku...alhamdulillah.....lepas tu Dr siap bagi chance utk siapkan dekat rumah n hantar as soon as possible (actually dateline is esok 31hb! hoho...)....trma ksh Dr....:)

Tengok jam dah dekat pukul 6, so mintak diri dengan Dr and sempat wish hari raya.....hihi..kesian dia terpaksa melayan and pulang lewat ke rumah... Maaf.....trma kasih sgt2.....:).

Sampai rumah, prepare untuk berbuka dekat masjid, lepas tu packing barang, lepas tu taraweh....and tunggu smpai jam 11, kawan ofis, Ali datang ambik and tolong hantar ke KLIA...trma kasih......:)

p/s: sedar tak sedar, hari ne Allah permudahkan segala urusan ku, waktu pagi tayar motor pancit, tp pomen bagi servis free.. Tesis Bab 5 byk silap, tp Dr tunjuk ajar mcmn nak buat dan bagi masa extra utk siapkan.. Lepas tu kawan plak offer utk hantar tgh2 malam ke airport.... Byknya pertolongan...thank you Allah....





Tuesday, June 25, 2013

Catatan bulan terakhir......

 بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Salam Nifsu Syaaban....^____^

Huk..huk..huk.... Habuk, banyak sarang dah blog beta ne...tambah lagi dengan jerebu.. Alhamdulillah masih teringat dengan kewujudan blog sendiri. Sejak beberapa hari ne, jerebu dekat sini makin menelan pandangan, aku dah lah rabun, makin kerabunan la jawabnya...hoho... Xpa3...ujian Allah...:)

Untuk aktiviti hari ne, mcm biasa...menghadap laptop dan katil tersayang...ehe... Letih rasanya apabila rutin harian just fokus untuk tesis, laporan praktikum, laporan kajian kes viva.... Tiga benda perlu disiapkan sebelum semester berakhir.... Alhamdulillah, pagi tadi dengan semangat kegumbiraan, aku jgak dapat hantar salah satu projek, laporan kajian kes viva.... Masa tengok borang penyerahan tadi, aku orang ke-7 yg hantar...hihi boleh la..kira awal jgak..lalalala... Laporan viva ne kena hantar awal, sebab awal bulan 7 nanti insyaAllah berlakunya viva tersebut...viva de lova...... Harap2 dipermudahkan segalanya untuk ku dan rakan seperjuangan lain...:)

So, sekarang ne, satu dah settle, n tinggal dua projek lagi kena kerja lebih lagi.. Untuk laporan penuh praktikum ne plak, alhamdulillah, hr sabtu n ahad baru2 ne aku dah naik gila semangat transformer x tidur untuk report tu.. Beta dah usun cantik2..kemas2, print dokumen2 yg perlu n lengkapkan laporan sesi yang tertangguh... Bilik pun jd bselerak dgn kertas2....mau tidur pun xbselera den.... Dan akhirnya setelah 30jam berjuang......untuk laporan penuh ne, lebih kurang 95% siap.....syukur sangat2... InsyaAllah lepas viva nanti, boleh la dijilidkan terus..:)

Tesis plak macam mana? Adoiyai.....yg ne den agak risau skit.... Beta kena usaha lebih lagi...banyak tertinggal... Minggu lepas baru je pinjam buku byk2 dkat library....perlu tambahkan bahan bacaan lagi, kalau x....nanti entah ilham dari mana plak datang untuk diconteng dalam penulisan tesis tu...hoho... Ya Allah permudahkanlah penulisan tesis ku.....:) 


Ne la buku2 baru beta (pinjam).......semua tentang seksualiti....

Dan sekarang ne.....rasa mcm mau tidur, tp kerja kena buat.....xblh malas2....xlama pun....sebulan sahaja ya azman.......ehh xsampai pun sebulan.....ehe... Teruja sangat nak habiskan master ne...sambil2 tu plak...terkenang dengan perjuangan/kenangan manis, pahit, masin, tawaq habiaq semua la sepanjang dua tahun di perantauan...sangat2 bermakna... Hurmm.....apa lagi....ok, tutup blog...switch off....:)


 Rajin adik rajin...rajin la belajar.....


"Ya Allah, permudahkanlah segala usaha dan urusan kami, berkatilah dan rahmatilah perjuangan kami ini.... Sesungguhnya, hanya kepada-Mu kami berserah. Allahumma la sahla illa ma ja’altahu sahla.."



Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More